Temuduga Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) IPTA 2016

By : Thursday, October 20, 2016 Ada : 4 Comments Labels :

Assalamualaikum.Lama tak menaip di sini,sibuk dengan degree life..assignment,projek dan sebagainya lah hehe..padahal baru sem 1 tahun 1 huhu..Kalau refer pada post aku yang sebelum ni,maka tahu lah bahawa saya sekarang tengah pursue Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di UTM,Skudai.Dan ada la apply biasiswa Yayasan Tenaga Nasional pada 5 September haritu..16 hari je buka untuk permohonan..so cepat2 apply sebab ytn ni kira biasiswa idaman aku juga la,sebabnya terinspirasi dengan abang sulung yang juga merupakan pelajar tajaan ytn masa belajar kat UTM dulu..

Kalau dapat biasiswa ni,dia kira macam dah selangkah dapat kerja la..sebab dapat bond kerja 7 tahun dengan TNB..ciri ni yang paling aku suka la sebab yela tak yah susah cari kerja lepas grad..tnb ni lain skit dari petronas sebabnya scholar petronas kena lalui temuduga untuk kerja ngan petronas means kadang-kadang yang dapat kerja tu adalah orang luar..tapi kalau tnb ni tak,dia utamakan scholar dia..Dan biasiswa ytn ni jangan cerita la masyuk dia tu macamana..banyak juga la dapat kan..Dan every year dalam satu Malaysia.hanya 20 orang yang terpilih untuk dapat biasiswa ipta ytn..*sangat sengit*

Jadi pada tarikh 26 September haritu cek dekat laman web ytn sbb nak cek dapat tak interview..dan alhamdulillah dapat..interview nya pada 9 Oktober 2016,pukul 9 pagi di Pejabat Hema,UTM..Istimewa nya pelajar2 UTM ni sebab setiap tahun ytn akan datang buat interview kat sini,so kita tak yah susah2 nak gi tempat lain..dan yang bagusnya,dekat Malaysia,ytn ambil pelajar UTM paling ramai,yela nama pun UTM kan,mmg leading dalam bidang kejuruteraan(update:tahun ni 12 orang daripada 18 calon yang berjaya dapat biasiswa ni adalah dari UTM)..So tanpa menulis panjang2,nak cerita la pasal pengalaman interview haritu..

SEBELUM INTERVIEW
  1. Buat banyak research tentang TNB ! Kalau boleh hafal mana yang patut.Aku memang menghafal banyak juga la malam tu sampai tak study langsung.
  2. Banyakkan baca pasal business TNB:core dan non-core.Nak keje ngan TNB kena la tahu pasal semua ni.
  3. Perbanyakkan doa,solat hajat..Minta pada Allah semoga dipermudahkan urusan kita..Semoga lancar bercakap.
SEMASA DI TEMPAT INTERVIEW
  1. Datang awal! Because good first impression is a good starter.Nape aku suruh datang awal sebabnya time aku haritu staf ytn macam perli(dalam nada gurau) dekat orang yang datang lambat.Tapi tak salahkan juga diorang ni sebabnya ada yang tak tahu pendaftaran kul 8 pagi.Anddd masa tengah tunggu kat luar tu sambil staf ytn cek dokumen,panel a.k.a orang besar juga dalam tnb tengah duk jalan2 kat tempat kitorang..bila nampak pakai smart macamtu ngan blazer tu tau la yang tu orang besar..dia usha je kitorang haha..senyum la dekat dia,tunjuk tanda hormat.
  2. Jadi peramah dan mudah senyum! Maksud mudah senyum sini bukan la 24 jam senyum macam kerang busuk,tapi maniskan la muka tu..sebab mana tau staf2 dia pun buat penilaian senyap2..dan sebelum diinterview,ada taklimat dari staf ytn dan masa ni la boleh tanya banyak benda dekat diorang dan sesi ni rilek2 je gelak2 ngan diorang..so jadi peramah..kadang2 staf ytn ni suka gak psiko orang haha,dia kata "haaa macamana nak dapat scholar ni kalau pasal ni pun x tahu" XD
  3. Rileks kan diri..Aku faham bila nak interview ni macam2 rasa ada..tapi Alhamdulillah aku tak de la nervous mana sebabnya ramai member aku jugak time tu,so memang dah ngam la..Tapi tu la,aku ni sebenarnya orang yang selalu gak neves,kena pandai kawal diri sendiri la,kalau nervous sangat,banyak2 kan selawat mintak dipermudahkan segalanya..tapi aku akui la,mmg berdebar jugak masa bercakap depan orang2 besar ni,jantung asyik berdegup je haish..
SEMASA INTERVIEW
  1. Bagi salam,maniskan muka masa masuk..
  2. Tahun ni satu round je iv,means tak de kena buat debat atau esei ke apa,just interview by grouping,3 orang sekali masuk,ada juga 4 orang..
  3. Panel 5 orang.Ada antara mereka engineer tnb,dan berpangkat besar..dan semuaa ada laptop di hadapan mereka (untuk key in markah masa iv!)..Antara 5 panel tu,ada sorang yang sambil dengar korang bercakap,sambil tu dia semak2 la borang maklumat diri kami..dan ada yang memandang tepat ke muka masa bercakap.Tunjuk je muka konfiden haha.
  4. Sedikit nasihat..Kalau boleh,cakap fully English..walaupun panel tanya dalam Melayu,cuba jawab dalam English..bila kita boleh cakap fully in English,dia macam added value juga la pada diri kita..aku ada tanya beberapa kawan yg dpt scholar ni,mereka kata mereka ckp dalam english..takpe broken pun..as long as you try to speak..aku tak nafikan la,ada je masa iv tu aku mcm stuck jap sebab tak jumpa2 the right word yg aku boleh guna..tp go on je..
  5. Antara soalan yang diajukan:
  • Perkenalkan diri anda,adik beradik bape orang,dulu sekolah buat apa,dan kenapa kamu nak biasiswa ni
  • Apa cabaran yang dihadapi oleh TNB pada masa kini?
  • Selain engineer,awak nak jadi apa lagi? 

 SELEPAS INTERVIEW

Rasa lega gila siot..Aku ucap banyak2 terima kasih kepada panel dan staf ytn..Dan alhamdulillah,aku rasa iv ni ok je ..tak barai teruk sangat la macam dulu2 punya..mintak2 la ada terselit satu rezeki aku dengan biasiswa ni..hanya mampu berdoa pada Allah je :') ..kalau ada rezeki,maka ada la,kalau takde tu,maknanya x de la kan :')

update:Alhamdulillah dapat biasiswa ni..baca kat sini
  

4 comments:

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..