Bestke masuk PASUM? (Edisi 2016)

By : Friday, April 15, 2016 Ada : 35 Comments Labels :

Assalamualaikum..Post aku kali ni sebenarnya bertujuan untuk beri pencerahan kepada bakal pelajar pasum atau mana-mana pelajar yang berminat nak masuk pasum..Pertama sekali maaf sebab bahasakan diri 'aku',sebab tak lah rasa awkward sgt bila menaip ni lol..Btw,nmpk sgt gmbr atas tu aku cilok dr insta..ye ye aku cilok dr insta kawan aku hahahaha..k lah sebelum aku ni start merapu,baiklah aku start dengan tujuan sebenar aku buat post ni..Post ni untuk sesi 2015/2016,so ada juga la pembaharuan untuk pelajar pasum..k let's start..

PASUM TU APA?

PASUM stands for Pusat Asasi Sains Universiti Malaya..Dekat sini bertempatnya tempat belajar peringkat asasi..kalau kat UM ni,pelajar pasum kira paling junior la..tak susah pun nak distinguish pelajar pasum dengan pelajar degree,cukup dengan observe dari segi pemakaian..kalau pakai baju kurung dengan baju kemeja bertali leher tu memang budak pasum la..lol memandai je tak de la semua pelajar pasum..

HOW TO APPLY?

Kena apply melalui upu la except for kos degree yang perlu apply di website UM sendiri..Sape-sape yang nak masuk pasum kena dari tahun spm semasa je..means kalau kemasukan pasum untuk tahun 2016,perlu dari pelajar spm 2015 sahajalah..tapi ada juga special case di mana ada sorang dua pelajar pasum yang tua setahun atau dua tahun dari kami..ni biasanya pelajar yang terpaksa skip pasum dulu sebab sakit atau lain-lain sebab yang dibenarkan lah..And no worries tiada temuduga untuk masuk pasum..

TEMPAT PEMBELAJARAN ?

FIZIKAL
Sem 1: kuliah di dku,tutorial di bilik tutorial
Sem 2: kuliah di auditorium,tutorial di KBT

HAYAT
Sem 1: kuliah di auditorium,tutorial di KBT
Sem 2: kuliah di dku,tutorial di bilik tutorial

Note:
1.Auditorium wifi laju,dku tiada wifi
2.Audi pun sejuk tapi bg aku dku sejuk nak mati
3.Audi lagi jauh dari dku sebab kena naik tangga tinggi dan bukit yg memenatkan baqhang
4.Memang merecik hawau nk boleh smpai ke audi ni uolls

Auditorium PASUM
Bilik Tutorial (bangunan PASUM lama)
KBT (bangunan PASUM baru)

DEWAN KULIAH UTAMA (DKU)


SISTEM PEMBELAJARAN ?


So kat pasum ni setiap aliran kiranya belajar 4 subjek la..bunyi macam sikit *insert emoji mulut senget ke atas sebelah* tapi tgk la pulak sub-sub subjek dia pulak..kalau budak fizikal memang penat la matematik ada 3 sub untuk setiap sem..TAPI ada kelebihan dia pulak sebab average gred kami untuk math lagi mudah nak A dari hayat sbb math kami ada 3 backup ..hehe..means kalo contohnya sem 2 algebra&calculus hancur,you can still hoping for probability&stat,kalau hancur gak takpe donut wory,engineering math masih ada ..kalau engine math hancur?...........pandai2 la pikir cmana nak skor..huhu...tapi ada satu la disadvantage pelajar fizikal..bukan azab mana pun,tapi untuk sc comp,dia just berdiri on its own..dia tk macam kimia yang ada kimia 1 dan 2..so kalau hancur sc comp,dia x de backup so paham2 la ye..so kena berdoa la semoga carry mark tinggi..

Carry mark ni dapat dari test,lab dan exam..20% dari midsem,20% dari test..60% dari final..ada 4 test dalam satu sem..14 tutorial..kat sini setiap minggu diberi tutorial utk setiap subjek..sehelai je..so kena la siapkan kalau nak perkukuhkan ilmu..ecece bercakap serupa aku siap je tutorial hehe..tutor biasanya tak cek pun kita siap tak tuto.tapi kalau tak bernasib baik,dapat tuto yg suruh buat kat depan..haha time ni kalau x buat pndai2 la cover.Dan alhamdulillah sem 1 aku dapat 3.89..and i didn't expect that..so syukur la..skrg tgh tnggu result sem 2.

Note:
-dekat pasum biasanya tiada kelas malam,sebab jarak antara pasum dengan kolej agak jauh (5-8 minit),jadi tak sesuai terutamanya untuk pelajar perempuan.

TENAGA PENGAJAR

Mostly berpangkat 'Dr'..ada dalam beberapa pensyarah berpangkat Profesor Madya..tapi apa2 pangkat pun,mereka semua tetap the best..hehe..kebanyakan pensyarah kat sini dulu semua pelajar pasum jugak..hehe..tenaga pengajar mmg baik la,macam cikgu kat sekolah jugak..kadang-kadang dia punya tahap baik tu sampai untuk paper final,dia bagitahu nombor 1 tajuk apa nombor 2 tajuk apa masuk..haha..

FORMAT EXAM?

Starting batch kami (batch 15/16),final exam ada format baru..japgi aku cerita..Untuk midsem,format exam sangat simple,kalau tak score sebaiknya,memang rugi.Midsem ada 40 soalan objektif and that's it.Soalan objektif sahaja!! Rugi kot kalau tak dapat banyak2 A..Sebab jangan lupa carry mark pun diambil dari midsem ni..Bila dah lalui final exam,ko akn rasa macam,alahai bebal nya aku ni midsem yang objektif tu pun tak leh nak dpt A..huhu..So untuk format terbaru final exam,masa menjawab untuk kesemua paper dari 2 jam 30 minit diubah kepada 2 jam sahaja dan soalan pun dikurangkan la..Aku tak tahu nape tapi aku suka format baru ni sebab masa agak mencukupi (bagi aku la..) utk sesetengah subjek..

PERALATAN ELEKTRIK?

Seterika dah ada disediakan dekat luar bilik..share sama2 je..pernah ada kes pelajar guna seterika sendiri dalam bilik,kalau tak silap macam ada litar pintas and satu blok blackout kejap (not really sure,tapi rasanya macam ni la kes dia)..so satu blok tu kena panggil  turun dewan sebab felo dah naik angin..dia jadi gitu sebab bilik tu ada had voltage dia sendiri..

   Dibenarkan bawa & bercaj:kipas,pengering rmbut,printer,laptop,tablet
   Dibenarkan bawa & tiada caj:mp3,lampu belajar
   Dilarang bawa:seterika,cerek air,peti ais mini,microwave(apak luu nk bwk microwave haha)

KEMUDAHAN

Kalau tak sihat? jgn risau Pusat Perubatan Uni Malaya(PPUM) ada..Serabut rumet asyik membising time study week sampai nak study pun tak tenteram? jgn risau ada Main Library University Malaya yang teramat luas dan selesa..library pasum pun ada..Bosan asyik mereput dalam bilik je tiap2 minggu? jgn risau dekat luar UM,ada Jayaone,Midvalley,Nu Sentral dan macam2 la..Rasa bosan asyik hadap tuto je? jgn risau kat UM ni banyak kemudahan antaranya ialah pusat renang yang berada dihadapan kolej 11 sahaja!!..boleh je mandi2 situ..AND satu lagi kat pasum ni boleh je nak keluar hari2 pun..nak balik rumah bila-bila masa pun boleh,sbb nama pun universiti kan,.Tapi tula aku tak pernah jejak kolam renang sebab takde swimming suit *ikrai* ..Dan pasal wifi..jangan risau dekat bilik kolej ada wifi..mana2 yg bertuah,bilik dia dekat dengan pari(kotak wifi?) yg dilekatkan dkt siling,so laju la internet bilik korg..mcm bilik aku internet laju sebab dekat dgn pari kuikuikui..

LIFE DI KOLEJ


Artfest

Pelajar pasum ditempatkan di Kolej 11..dekat kolej memang banyak la aktiviti dijalankan oleh jawatankuasa kolej yang dijawat oleh pelajar pasum sendiri..dan program2 ni lah yg buat kami rasa tak bosan dan lebih sayang tempat ni..ada Artfest,Veridies Week,Kuaz Got Talent dan macam2 lagi la..aik? join je ke? x dpt apa2 ke? mestilah ada ganjaran nya,korang akan dapat markah merit yg seterusnya akan menyumbang pd markah kokurikulum utk kemasukan degree nanti..so kalau nak peluang tinggi utk masuk degree yg korang nak,rajin-rajin lah join aktiviti kolej..akademik pun jgn lupa..

PAKAIAN?

Pakaian di kolej (tempat kediaman) adalah bebas.Manakala kalau untuk ke kelas atau lecture,pelajar perempuan boleh pakai baju kurung/jubah dengan kasut bertutup.Kasut tu tak kira jenis macamana,sneakers/kulit/sport shoes asalkan bertutup.Dan jangan sesekali pakai selipar especially kalau haritu ada lab sebab korang kena pakai kasut bertutup terutamanya lab kimia sbb handle dgn chemical berbahaya.Dan untuk lelaki,pakai kemeja bertie,seluar slack dan kasut bertutup.Dan pelajar lelaki boleh pakai baju Melayu..Mostly pelajar lelaki pakai baju Melayu pada hari Jumaat (tak prnah jumpa lagi yg jenis pakai baju Melayu hari-hari)..Boleh pakai sweater dalam kelas/lecture sebab dku terutamanya sgt sejuk dengan syarat kena pakai juga baju kemeja di dalam..Dan take note ya,ada seorang lecturer yang memang sgt strict pasal pakaian di pasum,kalau dia terjumpa pelajar lelaki yang tak pakai tie memang dia sound kat situ jugak and kalau kantoi pakai tshirt kat dalam sweater,you are dead seriously ahahhaa..And everyone agk takut sikitla dengan dia but he is just doing his job rite..Dia mengajar best..Nak tahu tu lecturer mana? Masuk pasum dulu..hehe..Ada yang tanya kalau nk balik rumah kena pakai baju apa,dah nama pun UNIVERSITI dan bukan sekolah,so pakai la apa pun ok,bukan kena pakai baju asrama ke apa mengarut semua tu,tu utk budak skolh boleh la..

HOW TO EXCEL?

Rajinkan diri buat tutorial dan fokus lecture..bila korang buat semua tutorial atleast time exam tak de la terkial-kial nak cari source untuk study..sebab kat pasum ni,kadang-kadang soalan datang dari tutorials so please rajinkan diri siapkan tuto..masa lecture pun kena fokus especially time dah nak dekat exam,sebab segala tips dan rahsia tersembunyi ada diselitkan di bait-bait kata yg diucapkan oleh lecturers,so be alert! Tapi ada je yg tak buat tuto tapi excel,ni kira genius la ni..takpe setiap orang lain cara dia..Jangan terkejut kalau pelajar terbaik kat pasum ni datang dari sekolah harian je..and ada kawan sekelas aku dapat anugerah Top 20 and SPM dulu dia bukan straight A pun and he is extremely genius!

BUKU-SUMBER RUJUKAN?

Masa awal-awal di pasum memang ada yang jual buku sama ada buku rujukan baru atau terpakai..tapi nak cakap awal2 buku2 tu tak murah la..dalam 60 ringgit sebiji tu biasa la..kalau bernasib baik dapat beli yang photocopy je macam aku ni..dalam 10 ringgit je lol..tapi jujur la tak pakai sangat pun buku ni..banyak guna lecture note because it's just simple..hehe..ada je yg x pakai buku rujukan boleh dpt 4 flat..

PRIVILEGE(KELEBIHAN)?

Sama gak la macam matrik,akan dapat elaun untuk satu sem..setiap sem dapat RM1250..ada dua sem semuanya..so kalau pandai manage,cukup je senanya..tapi tulah,duduk tengah2 KL ni tipula kalau duit tak banyak mengalir kat benda lain..yela dahla boatnoodle dekat je ngn UM,midvalley macam rumah kedua budak2 UM...eh? hahaha..yang bestnya,starting batch kami (pasum15/16),UM nk ambil 60% pelajar pasum untuk sambung ke degree UM..so tinggi la sikit chance untuk masuk pasum dengan syarat kena la struggle jugak sbb kena bersaing dgn pelajar lain..

WHAT-NOT-TO-DO

Honestly aku rasa bukan hak aku untuk larang orang lain buat benda yg diorang nak..tapi kat pasum ni atau mana2 saje la,kalau korang tak reti manage time study,tak digalakkan la couple atau join melebih sangat aktiviti kolej,pegang jawatan ni la jawatan tu la sampai tak mampu dah nak pikul..pikul mana yg mampu ye dak,,macam aku ni la,memang tak leh fokus dgn study kalau pegang jawatan itu ini,so aku pilih untuk masuk satu kelab sahaja..ikut kemampuan diri la..ada je benda2 tak enak yg aku dgr kat sini..tp x nak la ckp lebih2 kan..so kesimpulannya kena pandai jaga diri jaga iman ..

AND LAST BUT NOT LEAST..........


Ni gambar aku cilok dari twitter..Pelajar lelaki batch16/17 dan yang seterusnya memang takkan dapat merasa la nikmat dapat lompat pagar ni pagi2 nk gi kelas..sebab pagar ditinggikan and nampak tak muncung dia tu macam jarum..kalau tercucuk tu mmg sodap..haha..haa padan muka kitorg pelajar perempuan panas hati je tgk depa ni senang2 dpt shortcut..lol..boleh je pmpuan nk lompat tp mmg betul2 muka tembok la kihkihkih..

Fuhhhhhhh....dah sampai sini je kot..so bestke masuk PASUM? jawapannya,yes memang best..belajar la kat mana-mana pun semua susah,effort la kena ada..hehe k tu je la..bye..Assalamualaikum..if got any questions just simply ask me below ok,insyaAllah will reply it..

Sayonara

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

By : Thursday, April 14, 2016 Ada : 19 Comments Labels :
Assalamualaikum.Sedar tak sedar dah dekat setahun aku tak update blog ni..huhu..aku sibuk...sebab selama setahun aku jadi pelajar pasum..pasum tu apa? baca balik tajuk post aku ni..Pada 23 Mei 2015,aku daftar diri sebagai pelajar pasum di Kolej Kediaman Ungku Aziz atau Kolej 11..tapi aku belum officially pelajar pasum time tu..sebab seminggu kemudian baru kami officially pelajar pasum..sebabnya pendaftaran sebagai pelajar pasum dijalankan di bangunan pasum..so kiranya masa 23 mei tu kami daftar diri sebagai pelajar kuaz..

Aku ambik aliran sains fizikal kat pasum ni..pasum sc fizikal ni memang first choice aku kat upu..so alhamdulillah Allah bagi apa yang aku nak..sebenarnya aku tak aim sgt pun pasum..aku lebih favour pada matrik,sbb nya aku nak ikut jejak abang aku kononnya..tapi memandangkan UM ni kat kl je(aku stay putrajaya) and matrik yg aku dpt tu kat N9,so aku pilih pasum..lagipun pasum ni memang diwar-warkan bukan senang nak masuk and yg masuk mostly top scorer..and YES that's true..belambak budak yang dapat stret a kat pasum ni...stret a pelas pun ada..paling rendah pun 7A la yg pernah aku jumpa..


ha ni gambar kelas aku kat pasum..kat pasum sistem dia camni..contohnya untuk sains fizikal,akan terbahagi pd 2 grup..fizikal 1 dan fizikal 2..satu grup tu dalam 200 lebih pelajar..dan dalam setiap grup pulak akan terbahagi pada grup kelas2 kecil..contoh dalam fizikal 1,ada kelas FA,FB,FC,FD..manakala fizikal 2 ada kelas FJ,FK,FL,FM..macam aku ni kelas FC3..maknanya aku ni fizikal 1 dan kelas FC yang ketiga..dia randomly letak je..ko kelas ke3 bukan bermakna ko bengap ke apa..haha..dalam setiap kelas tu dlm 20 lebih je..kelas aku 18 orang je..so apa function dia buat kelas FC,FA dan sebagainya ni? kita akan buat aktiviti lab dengan grup ni la..contoh FC1,FC2 dan FC3 akan buat dalam satu lab untuk sbjk kimia dan fizik..and sistem grup ni also applies for budak hayat..

Antara kenangan paling manis sepanjang duduk pasum ni ialah minggu orientasi dia..memang best la..aku enjoy sampai tak ingat dunia..ceh tipu..kalo fp(fasilitator pljr) suruh menari,aku menari..kira camtu la..aku enjoy every moment spjg minggu tu..tp ada jgak la sesetengah spesis yang macam nak makan kaki..lol..yela ada la sorang ni..aku perasan dia tak pernah participate..kaku je..apa masalah pun aku tak tahu..untuk adik2 junior,please enjoy every moment during orientation week..sebab korang akan rasa betapa pahitnya minggu2 yang akan korang lalui nanti and it isn't that good trust me..


ni gambar masa lab terakhir kimia..tajuk Molecular Geometry tak silap aku..hehe mmg best..btw ni jela budak perempuan dalam kelas aku..haha 4 kuntum bunga + 14 kumbang-kumbang..haha memang standard la dalam fizikal perempuan lebih sikit dari lelaki(best apa..hehehe)..sem 1 aku ok je result..walaupun final sem 1 macam taik tapi result aku macam beyond apa yg aku jangkakan..and as i already expected,final sem 2 lagi taik..hmmmm tak tau la cmana rupa result aku..harap-harap tak lebih teruk dari sem 1..kat pasum ni tak susah untuk excel,ko just kena rajin buat tuto and fokus lecture..tapi yang taiknya,ada je spesis yang tak buat tuto tapi dapat 4 flat kat sini..tak faham aku,,haha..


ni roomates aku kat kuaz..hehe tanpa diorang aku tak tau camana nak survive hidup kat sini..sepanjang duduk pasum ni dah dekat 6 kali kot aku gi boat noodle..haha sedap gila kot..dahla dekat gila ngan UM..ko naik teksi dalam 5 minit je dah sampai kalau tak jem..roomate aku ni ada orang ganu,sarawak ngan selangor..haha semua stret A kau hahaha..aku rasa aku dah tak nak kot jadi cikgu,sebab aku benci main ngan budak..tak kuasa aku nak layan..lol tak de la benci tapi x de feel nak main ngan budak2..aku hajat nak major in electrical engineering selepas fights by fights dengan mak aku..aku plan nak amik math or chemical engineering tapi tiada persetujuan ..ntah la aku dah malas nak gaduh,aku ikutkan je..k lah bye aku dah malas nak typing..mereput je bhai duk umah ni..

Sayonara