Pengalaman Ujian Kecergasan Calon Guru IPG 2015

By : Tuesday, May 12, 2015 Ada : 12 Comments Labels :
Assalamualaikum.Kalau nak tahu,aku daripada dulu lagi berminat nak masuk IPG atau nama lainnya Institut Pendidikan Guru.Aku mohon untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISM) khusus untuk lepasan SPM yang berumur tidak lebih daripada 20 tahun.Mak aku la beria nak aku jadi cikgu.Aku biasa-biasa je.Nak msuk IPG sekarang,bukannya senang..kalau dulu,ada temuduga je..mulai tahun lepas,setiap calon kena melalui ukcg dahulu dan kemudian baru melayakkan diri mereka ke temuduga.

Bila keputusan semakan untuk ukcg ni keluar,aku pun apa lagi,bergegas la cek..punya la berdebar kan..cek2 ,aku dapat..syukur..lepastu aku cari la sedikit maklumat kat internet mengenai ukcg ni..hmm memang agak susah..memandangkan aku ni lembik orangnya,aku pun tingkatkan la stamina aku..haha..sadis gila,jogging tak sampai 5 minit,perut aku dah memulas-mulas...aku try buat sit up,sampai ke sudah aku tak ley bangun...dammmnnnnnnn...acano aku nak lulus kan kalau mcm gini gayonyo?

Aku kena buat ukcg dekat IPGK Pend.Islam kat Bangi...pheuuuwww,nasib baik..sebab ada yg duduk kl dapat kelantan..aku ni dah kira untung la..Aku ngan ayah aku bertolak awal-awal ke situ..sampai je kat situ,memang ramai la mak yah teman anak2..lepas daftar apa semua,kitorang kena duduk dalam dewan untuk ujian bertulis.Ujian bertulis ni selama 135 minit yang merangkumi 2 bahagian.Jangan risau,jawab sambil pejam mata pun boleh..haha..yang penting kena cepat dan tangkas la sebab kegagalan untuk menjawab satu soalan boleh menggagalkan kita untuk ke peringkat seterusnya..dah siap buat ujian bertulis,kitorang bersiap sedia untuk ujian kecergasan!!! huhu debar gila dowhh..

untuk ujian fizikal,kami dikumpulkan di sebuah dewan untuk bersukan i guess..mula2 diorang bagi taklimat dulu..ada seorang pakcik ni cakap "tak yah la takut2 ye,ala senang je ok" ..haha..lepas habis taklimat tu,kami kena tonton video demonstrasi untuk setiap lima level ujian ni..ok mari aku terangkan satu-satu apa yang aku kena buat time tu..

1.Cek BMI

Ada akak2 yang akan cek berat dan tinggi kita..kalau boleh tak nak yang overweight dan underweight sangat..normal is fine..masalahnya kat sini,aku ni underweight!! bmi aku bawah pada 17..tsk tsk..tinggi aku 162 cm ,berat 45 kg..

2.Lompat Kuadran

benda ni nampak je senang tapi pergghhhh..terumbang-ambing aku dibuatnya..dia ada 4 kotak..kita kena lomat dalam kotak tu mengikut turutan,tak boleh songsang dan tak boleh pijak lain..kena buat banyak2 dalam masa seminit..memang susah la..huhu..dia kena high body balance and stability..macam gambar dibawah ni..



3.Kilas Sisi

Aku suka kilas sisi! sebab yang ni antara yang paling senang dan........yang paling penat nauzubillah..nampak tak permainan dia disitu?..kita kena berdiri membelakangi dinding..di dinding tu tertampal satu papan ..mula2 kita kena sentuh lantai enggunakan hujung jari kedua-dua belah tangan (lutut boleh bengkok tapi jangan sampai mencangkung pula) ,then kena pusing arah kanan ke belakang sentuh papan..lepas tu tunduk balik sentuh lantai then pusing kiri ke belakang untuk sentuh papan..nuat banyak2 dalam masa seminit..Allah je tahu betapa seksa nya lutut dan paha aku time tu..ada gambar contoh di bawah




4.Sit Up 5 Variasi..

Tiba di part yang paling menakutkan....dia ada 5 gaya..untuk setiap gaya tu kena buat sekali je..kira ok la..aku kuatkan jugak diri aku untuk buat yang terbaik..syukur aku dapat buat sampai level ke 3..aku dh x ingat dh gaya dia cmane..

5.Bleep Test

yang ni aku susah nak terangkan..cuba search kat google..aku dapat buat sampai 2.4 je..huhu


Alhamdulillah..Aku lulus dan layak ke temuduga..sorry sbb x de entry utk temuduga,dulu ingat nak buat tp sampai kesudah x buat..

update: tak dapat pun tawaran ipg

Sayonara

Temuduga JPA-MARA 2015

By : Tuesday, May 05, 2015 Ada : 3 Comments Labels :
Assalamualaikum.Beberapa hari selepas keputusan SPM diumumkan,aku ada apply biasiswa JPA-MARA (for bumiputera only)..Syarat dia agak strict actually,tapi tak de la se-strict Petronas..dia nak atleast 7A+..hmm sigh..budak-budak SPM tahun ni kena la belajar betul2,bukan senang nak dapat scholarship sekarang ni..Aku apply for engineering Japan and engineering US,UK,Australia (kot)..dan bila aku cek keputusan tawaran temuduga,aku berjaya ke temuduga..

Untuk temuduga ni,setiap pelajar perlu berpakaian sukan..aku pun pelik jugak mula-mula,apa kebenda yang diorang nak suruh kitorang buat ni..bila pegi temuduga tu,ohh baru tahu,saja ja nak bagi temuduga tu lebih bersifat santai..act,dia bukanla macam temuduga sangat,lebih tepat dipanggil sebagai Student Assessment Centre..Panel akan menilai kita...Aku kena SAC dekat INTEC Shah Alam..

Memang majoriti straight A atau 8A macam tu la..lepas pendaftaran semua tu..kami dibahagikan mengikut kumpulan..satu grup dalam berbelas orang maybe..pastu kena bergerak ke satu bilik ni di mana di situ kami dipecahkan pula pada 2 kumpulan kecil..jadi dalam satu kumpulan ada 9 orang..untuk sesi pertama dalam bahasa inggeris..panel dua orang,lelaki dan perempuan..kami dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai 'sports as career'..aku dah macam..'what??' ..aku diam je sepanjang 30 minit tu..tak cakap sepatah haram pun..memang aku tak da a single idea pun..pastu kena bentang kat depan.

Masuk sesi BM pula..kena bincang pasal dasar  industri makanan apa tah aku x ingat..untuk sesi ni,aku boleh berfikir jugakla..tapi bercakap tu still kurang la.panel asyik duk perati je..hoho..aku pun acah2 cakap la..then bentang kat depan..pastu da habis..

dan hasilnya...........







Inilah kalau dikatakan rezeki kan..tapi aku tak terima tawaran ni..sebab? aku tak minat sangat engineering.aku tak rasa aku physically and mentally prepared for RPKJ (Rancangan Persediaan Ke Jepun) which requires you to study Physics,Chemistry and Mathematics in full Japanese in second year kat AAJ..and honestly,aku tak rasa aku mampu..lagipun mak aku nak aku study dalam negara je..lepas dah berfikir berfikir dan berfikir ..aku menangis dah tak tau berapa kali..sebab aku rasa sayangnya nak lepas biasiswa ni..pernah jugak aku kena tengking ngan mak aku sebab aku ni tak tetap pendirian..dan aku dah mengambil keputusan untuk tolak tawaran ini .

update:in the end of the day,i'm currently pursuing electrical engineering..lol

Sayonara