My SPM Result

By : Wednesday, March 04, 2015 Ada : 8 Comments Labels :
Assalamualaikum..Fuh hilang sudah debaran..lega..Malam sebelum amik result tu aku tidur nyenyak gila,siap tido awal lagi..mula-mula macam tak sedap hati jugak sebab apa hal aku macam ni kan..Esok tu bangun ha dah mula dah dengan tarian orang yang tak leh duk diam..haha..budak-budak yang mak aku ngasuh tengok je aku..pelik agak nya..daripada yang menangis jadi berhenti nangis bila tengok kelakuan aku..time tu memang tak leh duk diam dah aku..

Sampai je dataran memang sangat berdebar..Aku ngan Wahida sampai-sampai je terus cek Jannah punya result guna sms..Tengok je result dia memang aku dah cuak la..Paastu Wahida pulak paksa-paksa aku cek dia punya..Aku mula-mula tak nak tapi dah dia paksa siap ugut lagi aku kalau tak nak tengok dia menangis nanti..Alhamdulillah,keputusan dia sangat bagus bagi aku..Mata dia macam dah merah-merah dah..Aku pun neves jugak..

Pastu bila tahu dah ramai orang cek,aku pun akhirnya cek jugak la..Mula-mula aku macam tak percaya,macam betul ke ni,ke orang lain.Alhamdulillah,aku dapat 9A(4A+ 5A) ..A+ untuk Pend.Islam,Sejarah,Matematik dan Kimia..A untuk B.Melayu,B.Inggeris,Fizik,Biologi dan Add.Math..Syukur sangat sebab haritu rasa tak boleh buat sangat Addmath ngan bio..Sekolah aku 2 orang dapat semua..Both are from my class..


Bagi aku kejayaan ni berkat doa ibubapa,guru-guru dan rakan-rakan yang tak pernah jemu bagi semangat dan dorongan..dan juga berkat usaha aku selama ni..Aku tak nak la bermegah-megah dengan apa yang aku dapat hari ini,kerana nasib aku pada masa akan datang belum tentu lagi macam mana..Aku sekarang tengah buntu apa jalan yang sebetulnya untuk aku..Tak dapat straight A's SPM tidak bermakna masa hadapan tak cerah,sebab aku sendiri ada ahli keluarga yang tak dapat straight A's SPM tapi sekarang dia berdiri lebih tinggi daripada orang yang dapat straight A's SPM ..

Sayonara

8 comments:

  1. Wahhh daebak! Hebatnya! A+ ada byk tuu. All the best in life :D

    ReplyDelete
  2. Whoaaaa congrats yea! Welcome to college life ;)

    ReplyDelete
  3. Jealous betul dengan budak budak pandai nih.hahah

    ReplyDelete
  4. Jealous betul dengan budak budak pandai nih.hahah

    ReplyDelete

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..