Debaran Keputusan SPM

By : Thursday, February 19, 2015 Ada : 4 Comments Labels :
Assalamualaikum.Okay,keputusan SPM akan diumumkan tak lama lagi..12 hari lagi..Perasaan aku? Aku tak boleh nak gambarkan betapa takutnya aku..Kadang-kadang aku lagi takut akan apa yang orang akan cakap tentang keputusan aku..terukkan aku? I think i should stop thinking like this..Apa pun keputusan aku,aku didik jiwa aku untuk redha.Redha dengan keputusan apa sekali pun yang aku dapat..

Lagipun,SPM is not the last destination..It's a journey that we need to go through for a better life..Apa yang aku harap,keputusan aku tu akan melayakkan diri aku ke tempat yang aku memang nak which is IPG..Aku decide nak jadi seorang guru.Aku mengaku,aku pilih kerjaya ni sedikit sebanyak kerana ibu bapa aku nak aku aku jadi guru..Tapi aku fikir,hubungan antara guru dan seorang pelajar sangat special sebenarnya.Seorang guru boleh jadi seorang pendidik bahkan seorang pendengar yang baik..eh apa aku ni..betul la kan..


Aku pernah tengok satu drama Jepun ni..The Queen's Classroom.Memang drama ni sebenarnya banyak bagi inspirasi kat aku..Tentang bagaimana sabarnya seorang guru ni melayani kebencian pelajar-pelajar terhadapnya..Tapi aku pun naik benci tengok cikgu dalam drama ni..Macam-macam yang pelajar dia usahakan untuk singkirkan cikgu ni dari sekolah tu..And setiap plan diorang tu gagal..Aku pun bengang asal la selalu gagal..Tapi last2 air mata aku mengalir jugak sebab cikgu ni :"(


Seram kan cikgu dia? Mana tak seram,hari first mengajar pun dah bagi test and hukum pelajar..Dah tutup cerita pasal ni..Haishh,aku tak sabar nak jejak balik sekolah aku..Tak sabar nak berkumpul ramai-ramai ngan budak-budak batch 97' yang lain..Tak sabar nak mengulangi debaran yang dialami 2 tahun lepas..Tak sabar nak tunggu debaran pengetua melangkah dengan gahnya ke podium dewan dengan memegang fail-failnya..Tak sabar nak tengok cikgu susun segala macam kertas atas meja..Tak sabar nak dengar berapa orang yang dapat straight A dari pengetua..Tak sabar nak tengok LCD memaparkan berapa orang dapat 9A 8A & etc..Tak sabar nak tengok nama siapa yang akan terpapar sebagai pelajar straight A..arghhhhhhhhh..It hurts to always have this in ur mind..

Sayonara


Temuduga JADYPM 2014

By : Tuesday, February 17, 2015 Ada : 3 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..Nak dijadikan cerita haritu aku ada la apply Program Selangkah Lagi Ke Jepun..Saje je la mintakkan,mana la tau ada rezeki kan..lagipun aku lepas syarat-syarat permohonan dia tu..So aku dipanggil la temuduga..ha sudah...memang aku cuak ar..tak pernah dalam hidup aku kena temuduga..Sebelum aku ke temuduga tu,aku prepare segala dokumen..agak lelah jugak la..Aku ada jugak la search google tentang pengalaman senior2 yg dah pernah menghadiri temuduga ni..Aku sebenarnya mintak benda alah ni main-main je,pastu abang aku kata "bodoh kau kalau tak pegi"..aku pun ikutkan jela..

Program ni sebenarnya salah satu langkah utk merealisasikan Dasar Pandang Ke Timur.Program ni selama 5 tahun (3 tahun diploma di Malaysia + 2 tahun ijazah di Jepun for engineering).So jujur aku memang tak minat engineering..haha..pandai-pandai ko la buat ayat baik punya depan panel penemuduga..haha


Setibanya aku di Mara-Japan Institute tu,aku solat dulu semua..Pastu mak bapak diberi taklimat terperinci ttg program ini dan anak2 akan dengar taklimat dalam satu dewan ni..Aku memang cuak habis masa dalam dewan tu,semua muka confident and pandai-pandai je..Yang bagi taklimat tu bagitahu yang sapa2 yang dah dapat program tapi keluar sebab nak sambung benda lain akan didenda RM10000.Pastu dia cakap awal-awal yang siapa-siapa yang niat datang sini just untuk 'test market' baik bagitahu awal-awal so that diorang tak yah susah-susah tanya soalan kat kita..aku la tu..hehe

Bila staff tu tanya sape yang nak ditemuduga dulu,semua orang berebut-rebut nak jadi yang pertama,aku dah macam "apa ke hal ngan korang niii??" So nak dijadikan cerita aku ditakdirkan dipasangkan dengan seorang lelaki ni masa ditemuduga..aku bengang betul la,aku plan baik punya nak ditemuduga sekali ngan kawan aku tu..haishh..aku redha jela..Ni soalan yang diajukan:

1.Introduce yourself:
   Part last aku bagitahu "my ambition is to be an engineer" ..nak muntah rasa,padahal tipu je lebih..

2.Apa persiapan sebelum datang sini:
   Me:Saya ada search google pasal pengalaman senior tentang iv ni
   Panel:Oh ye? *muka mcm x pasti*

3.Kenapa kamu pilih Elec.Engineering?:
   Jawapan internet je aku bagi..Lantak ko la

4.Apa keburukan Jepun:
   Soalan ni memang aku screwed..Kenapa aku tak ingat yang jepun ni high living cost dan harga tanah melambung tinggi?!!?? Jawapan tak cerdik jugak yang aku bagi *cry a river

5.Kenapa kami kena pilih kamu?:
   Sebab bla bla bla..

Aku memang screwed la time temuduga ni..Aku tak mengharap pun.Tapi aku syukur jugak yang aku pergi temuduga ni sebab aku dah dapat pengalaman yang jarang-jarang aku dapat and i'm surely gonna improve myself and do better next time!

Sayonara