Novel Fixi Best !

By : Thursday, December 11, 2014 Ada : 4 Comments Labels :

Assalamualaikum.Buku Joyland dekat atas tu aku beli since 25 Januari 2014 ..dan aku simpan
10 bulan,untouched and balutan pun tak buka semata-mata untuk SPM..apa yang aku mampu,hanyala
tenung..tadi baru je habis baca buku ni..at first bila baca tu,aku tak tahu apa yang jadi matlamat utama
novel ni..bila lama-lama baca,baru aku sedar apa yang jadi point disitu..novel ni mostly about hantu sikit and murder..Sinopsis:

[''Jadi semua pengunjung yang memasuki Horror House lalu di sebelah mayat Linda sehingga waktu tamat operasi dan langsung tak perasan mayatnya?"

"Jika mereka nampak pun,mereka pasti sangkakan yg ia sebahagian daripada tarikan.Tapi mungkin tak ada yang nampak .Kamu kena ingat,HH itu gelap-gelita.Satu-satunya tunggangan seperti itu di Joyland.Taman-taman lain biasanya ada lebih daripada satu."

Horror House yg gelap-gelita.Aku terasa sedikit perasaan seram sejuk menyelinap di dalam kalbu.]






Eii,tengok cover depan pun dah seram..ni satu-satunya novel yang aku beli masa 2013..and seriously best! aku memang lebih suka layan novel berkisar dan berlatarbelakangkan budak sekolah..
novel ni memang best tapi aku tak suka sgt ending dia,berbelit-belit.aku tak faham.Sinopsis:

[“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.]


Yang ini,aku baru start nak baca..macam best jugak..tapi bahasa nya aumm,kasar benor..Aku 
nasihatkan siapa-siapa yang nak beli buku FIXI,beli lah online,sebab harga online jauh lebih murah.
Sinopsis:

["Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian -]


4 comments:

  1. salam kenal..akak singgah blogwalking kat sini :)

    dah lama xbaca novel..hihih..dulu zaman sekolah ade la jugak baca sikit2

    ReplyDelete
  2. tak berkesempatan lagi baca buku asrama n gantung tuu T_T insyAllah balik nanti nak cari

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. ee. jelesnya. nak baca gantung tu. seram tak gantung?

    ReplyDelete

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..