Novel Fixi Best !

By : Thursday, December 11, 2014 Ada : 4 Comments Labels :

Assalamualaikum.Buku Joyland dekat atas tu aku beli since 25 Januari 2014 ..dan aku simpan
10 bulan,untouched and balutan pun tak buka semata-mata untuk SPM..apa yang aku mampu,hanyala
tenung..tadi baru je habis baca buku ni..at first bila baca tu,aku tak tahu apa yang jadi matlamat utama
novel ni..bila lama-lama baca,baru aku sedar apa yang jadi point disitu..novel ni mostly about hantu sikit and murder..Sinopsis:

[''Jadi semua pengunjung yang memasuki Horror House lalu di sebelah mayat Linda sehingga waktu tamat operasi dan langsung tak perasan mayatnya?"

"Jika mereka nampak pun,mereka pasti sangkakan yg ia sebahagian daripada tarikan.Tapi mungkin tak ada yang nampak .Kamu kena ingat,HH itu gelap-gelita.Satu-satunya tunggangan seperti itu di Joyland.Taman-taman lain biasanya ada lebih daripada satu."

Horror House yg gelap-gelita.Aku terasa sedikit perasaan seram sejuk menyelinap di dalam kalbu.]






Eii,tengok cover depan pun dah seram..ni satu-satunya novel yang aku beli masa 2013..and seriously best! aku memang lebih suka layan novel berkisar dan berlatarbelakangkan budak sekolah..
novel ni memang best tapi aku tak suka sgt ending dia,berbelit-belit.aku tak faham.Sinopsis:

[“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.]


Yang ini,aku baru start nak baca..macam best jugak..tapi bahasa nya aumm,kasar benor..Aku 
nasihatkan siapa-siapa yang nak beli buku FIXI,beli lah online,sebab harga online jauh lebih murah.
Sinopsis:

["Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian -]


Hari Graduasi 2014

By : Thursday, December 04, 2014 Ada : 4 Comments Labels :


Assalamualaikum.Tak sangka dah habis sekolah.hehe..rasa macam budak kecik lagi..Banyak sebenarnya cabaran tahun ni..Harapan yang disandarkan pada bahu aku,sangat berat..Aku tahu,cikgu
memang harap sangat aku dapat keputusan yang baik..Kadang-kadang aku stress jugak,sebab
sesetengah cikgu suka 'aim' aku,aku rasa macam tak senang duduk,seolah-olah setiap pergerakan
aku diperhatikan..macam-macam la aku ni..hehe

Tanpa guru,siapalah kita kan :) Aku kagum dengan semangat guru-guru yang tak putus-putus berkorban masa untuk kami..Aku merancang untuk sambung belajar dalam jurusan pendidikan
matematik di IPG..Kadang-kadang aku rasa terkilan dengan orang yang rasa pelik dengan
cita-cita aku.."Kenapa tak jadi doktor".."ko kan pandai"..Masalahnya kat sini,itu bukan minat aku..aku pun tak tahu apa yang aku minat..Dahla aku tak minat,lepastu nak ambik medic pulak?
pale hotak mu..

Sebenarnya,kecik-kecik dulu,aku nak jadi engineer..tapi mak aku nak aku jadi cikgu..So,aku
ikut jela kehendak mak aku..Sebab aku percaya kata-kata mak aku..Semua orang mungkin akan bantah dengan kata-kata mak aku,tapi last-last,kata-kata mak aku jugak yang boleh dipakai..


Bosan duk rumah.Rutin yang sama je.. :)


Setelah Setahun Berhenti Blogging...Ini Dia !!!

By : Wednesday, December 03, 2014 Ada : 1 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum..Allah kekok rasanya menulis disini..Kali terakhir aku post dekat sini ialah 29 Disember tahun lepas..Kena la berhenti,sebab nak SPM kan..hehe..dan sekarang,dah tak de pape dah,aku freedommmm..



Bila cakap pasal SPM..Aku sangat sangat kecewa..Sebab? Soalan tahun ni banyak KBAT..BM,SEJ,PAI,MM,MT semua ada KBAT (soalan kemahiran berfikir aras tinggi)..Bukanlah aku tak pandai langsung nak jawab,tapi soalan KBAT Addmath memang buat aku terkamar..aku ulang sekali lagi..TERKAMAR..

Aku kecewa sangat dengan Addmath..Addmath lah paper yang paling mengecewakan aku..Sebab? Addmath sentiasa jadi subjek yg aku boleh score dari form 4..Sepanjang form 5,aku selalu A+..Tapi tut tut buat paper 1 hari tu..ha sudah...ada dalam 4 soalan KBAT..mcm hgdhsgdhs...rasa macam tak adil pun ada,sebab ini tahun PERTAMA,pattern soalan kertas 1 ada KBAT..biasanya kalau tgk soalan tahun-tahun lepas,dia bagi direct je...macam tak adil la,sebab dari form 4 lagi,kami diajar jawab direct je..macam bangang jugak la soalan dia..

Masuk je paper 2..hmm,terbongkang aku kata..aku kata TERBONGKANG..jawab soalan 1,ok..jawab soalan 2,ok..jawab soalan 3,tinggal,soalan 4,tinggal,soalan 5 tinggal,soalan 6 tinggal...dan masa ni la aku dapat rasa seolah-olah masa hadapan aku gelap..aku serius ni..ni pertama kali aku rasa mcm ni..dan untuk pertama kalinya,aku jawab paper mata aku rasa nak mengalir air mata..Rupa-rupanya,aku ni bukanlah terer mana pun addmath,jawab soalan kbat pun fail..tapi aku redha jelah..ada bestfriend aku menangis lepas habis paper addmath..kesian dia..
And SUPRISINGLY,paper fizik and kimia pretty easy...bolehla,alhamdulillah,boleh buat la jugak..

Seronoknya dapat post balik dekat sini..rindu membuak-buak :)