SPM Itu Penentu Masa Depan

By : Friday, November 01, 2013 Ada : 6 Comments Labels :
Assalamualaikum.Lama gila tak menulis dekat sini.Rasa macam pelik pulak.Aku selama ni duk habiskan masa dengan buku-buku pelajaran.Tapi tang mana silapnya,last-last,belajar last minit jugak.Tu yang exam tak berapa nak ok tu.Ala,orang lain pun macam tu jugak.Paper yang paling senang pun Sejarah kertas 1.Yang paling susah,rasanya sejarah paper 3 dan fizik kertas 1.yang sejarah paper 3 tu,dalam 8 muka surat tau karangan yang aku buat.memang susah,memangla boleh tengok buku,tapi yang tak de dalam buku lebih banyak dari yang ada dalam buku.


gambar ni masa abang konvo hari tu..seriously,tak sangka abang saya yang sorang ni boleh pergi sejauh ni.bila tengokkan keputusan UPSR dgn PMR dia,aku lagi hebat..dia dapat 1A UPSR dengan 4A PMR ,6A SPM ..Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah dan seterusnya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai,Johor.Jadi,sape sape yang tak dapat straight A dalam apa jua exam pun,jangan la anggap perjalanan kita berhenti setakat tu je,hidup kita masih panjang.Aku pun sejak akhir akhir ni duk berkhayal tentang masa depan je.Takut tak dapat straight A SPM.tapi tak pe,walaupun rasa macam mustahil je nak dapat cemerlang SPM,aku akan berusaha,ye,berusaha!

seriously,UTM luas gila!! masa abang dengan mak ayah duduk dalam dewan tu,kitorang pergi jalan-jalan guna kereta dalam u tu..bayangkan la,kitorang nak cari pesta konvo dia..kitorang round berapa kali tak jumpa jumpa..jalan dia berselirat,abang kata,ada student yang jarak fakulti dia dengan asrama mencecah jarak kilometer,wow...aku tak faham sebenarnya dengan kawan sekelas yang nak kerja lepas habis final exam ni..seriuosly,bagi aku,bulan 11 dan 12 merupakan masa yang sangat kritikal untuk calon SPM tahun depan..inilah masa untuk kita cover semua subjek dan kuasai seberapa bannyak yang boleh.nak harapkan tahun depan? kau nangis kuat kuat.. ada yang berangan nak kerja dekat alamanda la,seriuosly,kau ada anak bini ke untuk dibela atau suami yang tengah sakkit untukk disara? kalau tak,study la..kita perlu prepare for our future..

sejak tengok drama They Kiss Again ,cita cita aku jadi bercelaru.Dalam drama ni,hero dia budak medic,isteri dia pulak ambil kejururawatan.Aku jadi terpengaruh ,rasa macam best je medic ni.dan sejak itu lah aku mengalami mental disorder.sebelum ni aku nak jadi cikgu..dan sekarang ni semua bercelaru.mungkin aku akan tengok keputusan aku dulu kot,nak jadi cikgu sekarang ni pun bukan senang,palinng tidak 7A SPM.Bila aku kata aku nak jadi.....:

Cikgu,ayah cakap aku ni macam tak sesuai,sebab dia kata aku ni cepat baran bila mengajar budak.ada betulnya jugak,aku mengajar adik aku yang lima tahun tu mengeja,dalam masa 5 minit aku boleh mengamuk dan menghempas pintu bilik.Tapi takkan la aku nak mengajar anak murid aku macam tu.Aku ajar kawan kawan dalam kelas pun tak macamtu.Mak sedara aku cikgu,dia kata tak payah la jadi cikgu,berserabut kepala hotak layan kerenah budak sekolah,tapi bapak aku kata,pekerjaan apa je yang tak berserabut.

Doktor,mak kata dia tak kisah kalau nak jadi doktor.tapi bagi aku,dalam banyak-banyak course,kedoktoran la paling mencabar..entahla,macam susah je.eii tak nak aku..ada sorang bekas budak sekolah aku,yang juga kakak kepada kawan sekelas aku,Suhaila,sekarang ni tengah belajar di Royal Surgeon Ireland.Woowww..tapi suhaila ni,adik beradik dia memang pandai pandai..tahun lepas kakak dia straight A SPM..

Pensyarah,gaji besar.kalau tak silap,kena ambik master kan.tapi tinggi ke peluang pekerjaan dia.tak kan lepas ambik master apa semua boleh terus diserap sebagai pensyarah.

Tu jela senarai pendek cita cita aku.ala,jadi cikgu jela,,...tapi kalau korang la,best jadi cikgu sekolah rendah atau sekolah menengah?


6 comments:

  1. Sekolah rendah. kalau sekolah menengah, masalah sosial dia teruk sikit. apa2pun, tetapkan hati nak pilih apa. bagi akak pulak, akak follow the flow je.. ikut je apa yg Allah nak bagi.. Alhamdullilah, akak tak menyesal dgn apa yg akak pilih.

    ReplyDelete
  2. amik bidang yg bergaji tinggi dan senang kemudian :)

    ReplyDelete
  3. kalau lepas spm nak kerja logic jugak.. ni tak. lepas final ni diaorg nak kerja? -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yg aq plik sgt tu,diorang ni,ntah la,nk ckp pun x reti

      Delete
  4. all the best :D bukan senang nak senang, bukan susah nak susah ;)

    ReplyDelete
  5. all the best :) buat yang terbaik , SPM itu penentu arah tujuan hidup

    ReplyDelete

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..