Potluck 4 Pintar

By : Friday, September 06, 2013 Ada : 12 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum.Penat gila,tadi baru balik dari Rumah Terbuka Tengku Adnan Tengku Mansur dekat Presint 2.Ramai gila manusia,banyak khemah makanan.Alhamdulillah,dapat jugak la isi perut ni dengan sate 3 cucuk,mihun sup,kepak ayam bakar dan aiskrim..Semua free ok! Kami beratur selama sejam semata-mata untuk kepak ayam.Huh..Tadi dekat sekolah,kami sekelas buat potluck edisi ke dua.Best sangat sangat,ada spaghetti,pulut kuning,pai ikan and more!!


Harus diakui bahawa,kelas 4P adalah kelas terbaik bagi aku.Ragam pelajarnya,lain macam,dengan ketua kelas yang selalu dijadikan bahan gelak satu kelas.Kesian dia.Nama ketua kelas kami,Syahir..Ada ke patut,si Amir cakap orang dekat bawah ni,Syahir masa besar.
.
.
.
.
.



I've told you,Syahir ni memang jadi mangsa bahan diorang.Bila dahaga,air Syahir jugak la yang jadi mangsa.


Kamilah Madapakers!! Sebenarnya,Madapaka merupakan group rahsia kami di FB..Group tu ditubuhkan untuk jadi tempat kami melalut apa semua,dan setiap orang dilarang sama sekali buat post pasal homework.


Masa kami tengah syok makan,ada jugak la beberapa zombi(budak kelas lain) duk goncang-goncang pintu kelas kami sebab nak serang makanan kami.Lawak.dah kenapa ada yang tuang air dekat belakang tu.


Ternyata,potluck ni berjaya merapatkan lagi silaturahim kami,Alhamdulillah.I love them so much.Tak kiralah,yang laki ke mana ke,semua aku sayang...Semoga kita semua kekal jadi sahabat..