Kem Penulisan Kreatif Dan Misteri John Abdullah

By : Sunday, June 16, 2013 Ada : 6 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..setakat bulan Jun ni,sudah 3 kem yang aku sertai..nampak sangat tamak kan..kem kali ini merupakan kem yang sangat memberi manfaat kepada kami..Kem Penulisan Kreatif..penulisan kreatif macam puisi,cerpen and etc..kem ni bertujuan untuk membangkitkan rasa ingin menulis dan mengarang puisi atau cerpen..dan Alhamdulillah,perasaanku makin berkobar-kobar untuk membuat puisi dan cerpen lagi..Kem ini diadakan pada 14 Jun hingga 16 Jun bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang,Sepang..

Hari Pertama..

Kami bertolak ke sana pada jam 3 petang macam tu la..sesampainya di sana,kami terus check in ke hotel..bilik hotel dia gempak sangat..kem ni ada budak lelaki..nasib baik ada,boleh jugak dijadikan pencuci mata..hahaha..LOL..pssstt:budak Alam Shah pun ada..hensem pulak tu..haha..LOL

Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan..dan aku masuk kumpulan Baha Zain bersama abang form 6 yang hablah hablah,tinggi gila..(ada orang cemburu la pabila diri ini berada dalam satu kumpulan dengan abang tu)..selepas dibahagikan kepada kumpulan,kami diarahkan untuk keluar dari dewan untuk menjalani aktiviti riadah..

seronok sangat..kumpulan aku menang dalam tiup tepung dalam pinggan dan baling belon berisi air..yeah,baha zain memang gempak..malam tu ada ceramah mengenai puisi..i admit it,puisi merupakan sebuah karya yang sangat indah sebenarnya..nak tahu tak,sebenarnya,puisi itu suatu rahsia..rahsia dimana hanya penulis nya sahaja yang tahu maksud disebalik puisi mereka itu..perhatikan puisi dibawah ini..bait puisi dibawah ni boleh membawa pelbagai maksud tau..

Ku ukir tinta cinta mu
Dengan belati senyummu
 dan malam tu,kami dikehendaki membuat puisi berdasarkan benda yang kita rasa paling menarik..aku pilih bunga Ixora ..dan dengan bangganya aku mengatakan yang,inilah puisi pertama aku hasil nukilan aku sendiri..bacala..tidakla segempak orang lain punya..

Dikala malam menjelma
  Warnamu merah menyala
Kecil dan comel tubuhmu Ixora
   Tidak ku sangka rupamu seindah namamu
 
Hari Kedua

Hari kedua ni paling best..tapi terlalu panjang untuk diceritakan..jadi,aku ambil the best part..'Misteri John bin Abdullah'..Siapakah gerangan tersebut? Begini ceritanya,sebelum kami dibenarkan pulang ke bilik hotel masing-masing,Harith tanya kitorang nombor bilik kitorang,kitorang pun bagitahu jela,sebab lagipun kami semua menginap sebelah menyebelah je antara lelaki dengan perempuan..lepas tu dia kata dia nak main ketuk-ketuk pintu..diorang memang,saje mengetuk bilik orang lepastu lari..

Nak dijadikan cerita,masa kami dah ada dalam bilik,tiba-tiba kami dapat panggilan daripada seseorang..aku dah takut dah..lepastu aku angkat..dan beginilah perbualannya..

TELEFON HOTEL BERDERING

JOHN:cik,tadi cik order chicken chop,so macamana ni..chicken chop pun dah siap
AKU:apebenda ko ni,masa bila plak kitorang order chicken chop
JOHN:mana boleh macam tu cik,walau macam mana pun,cik kena bayar jugak chicken chop ni..40 ringgit
AKU:bayar apa nya,duit aku ada dua ringgit je..bawak jela chic chop tu,boleh kitorang makan..eh jap jap,ko ni siapa sebenarnya?
JOHN:receptionist la..(gelak)

LETAK GAGANG

TELEFON HOTEL BERDERING LAGI
AKU:tadi kata nak hantar chicken chop,mana nya?
JOHN:oh maafla,chicken chop terbakar..nak kami gantikan dengan Camel Chop ke?
AKU:ape kebenda la dia ni..
JOHN:(gelak)
 

jadi,faham? kami syak,semua ni kerja si Harith tu......geram jugak tau,sebab dalam berpuluh kali diorang call kitorang..last-last,sebab kami dah geram sangat,kitorang cabut wayar phone tu,padan muka..si John ni pun call orang lain jugak..dia call bilik Farah..Farah kata John cari Wahida,kawan aku..memang sahla yang John bi Abdullah tu Harith sebab dari hari pertama lagi aku tengok si Harith macam suka je dekat Wahida..

Hari Ketiga..

Kami bertolak pulang..uwaa..sedihnya...
cuba cari mana John,dia pakai baju belang..hohok


tekun membuat cerpen
 aku menanam tekad untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang penulisan..aku nak memperjuangkan bahasa Melayu melalui keindahan puisi dan cerpen..InsyaAllah..

6 comments:

  1. selagi boleh masuk ja mana2 kem..kumpul sijil.. ^^ kelakar la cerita si john a.k.a harith tu ..huhu..

    ReplyDelete
  2. saay tahun ni baru aktif,rugi betul..john memang..haha

    ReplyDelete
  3. amboi, seronok laa. nanti jadi penulis terkenal la ea :D

    ReplyDelete
  4. done follow ,
    follow back ya.
    blackisswhite.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. best je bca :) kem ni mmg best kn..tme nk blik 2 mcm xnk blik je..all the best la k

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat best kem ni..time nak balik tu moment yang paling tak suka..
      thanks ya SKA sebab selalu singgah blog kita,kita pun kadang kadang nak jugak singgah blog SKA,tapi terlupa..hoho

      Delete

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..