Selamat Hari Abah...

By : Sunday, June 16, 2013 Ada : 4 Comments Labels : ,




Assalamualaikum..Selamat Hari Bapa kepada hero seumur hidupku,Anuar bin Musa..Bagi aku,dialah yang paling kacak,dialah yang paling baik dan dialah yang paling...hmm..tak de idea la pulak..saya doakan semoga abah panjang umur dan murah rezeki..


tu la hero saya..sangat banyak dosa ku terhadapnya..semoga abah panjang umur..tanpa abah,siapa la kami..terima kasih kerana sanggup bekerja untuk mencari sesuap nasi untuk kami..akak janji,akak akan belajar bersungguh-sungguh dan suatu hari nanti akan senangkan hidup abah..nanti saya dah kerja,abah tak payah susah payah lagi,biar kakak je bagi duit untuk ayah..terima kasih abah sebab selama ni sudi memaafkan segala perbuatan akak yang telah membuatkan ayah terkilan..Ya Allah,sesungguhnya,kegagalan terbesar dalam hidup ku adalah untuk mengulangi lagi kesilapan bodoh yang suatu tika pernah aku bertekad untuk tidak mengulanginya lagi Ya Allah..


Kem Penulisan Kreatif Dan Misteri John Abdullah

By : Sunday, June 16, 2013 Ada : 6 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..setakat bulan Jun ni,sudah 3 kem yang aku sertai..nampak sangat tamak kan..kem kali ini merupakan kem yang sangat memberi manfaat kepada kami..Kem Penulisan Kreatif..penulisan kreatif macam puisi,cerpen and etc..kem ni bertujuan untuk membangkitkan rasa ingin menulis dan mengarang puisi atau cerpen..dan Alhamdulillah,perasaanku makin berkobar-kobar untuk membuat puisi dan cerpen lagi..Kem ini diadakan pada 14 Jun hingga 16 Jun bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang,Sepang..

Hari Pertama..

Kami bertolak ke sana pada jam 3 petang macam tu la..sesampainya di sana,kami terus check in ke hotel..bilik hotel dia gempak sangat..kem ni ada budak lelaki..nasib baik ada,boleh jugak dijadikan pencuci mata..hahaha..LOL..pssstt:budak Alam Shah pun ada..hensem pulak tu..haha..LOL

Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan..dan aku masuk kumpulan Baha Zain bersama abang form 6 yang hablah hablah,tinggi gila..(ada orang cemburu la pabila diri ini berada dalam satu kumpulan dengan abang tu)..selepas dibahagikan kepada kumpulan,kami diarahkan untuk keluar dari dewan untuk menjalani aktiviti riadah..

seronok sangat..kumpulan aku menang dalam tiup tepung dalam pinggan dan baling belon berisi air..yeah,baha zain memang gempak..malam tu ada ceramah mengenai puisi..i admit it,puisi merupakan sebuah karya yang sangat indah sebenarnya..nak tahu tak,sebenarnya,puisi itu suatu rahsia..rahsia dimana hanya penulis nya sahaja yang tahu maksud disebalik puisi mereka itu..perhatikan puisi dibawah ini..bait puisi dibawah ni boleh membawa pelbagai maksud tau..

Ku ukir tinta cinta mu
Dengan belati senyummu
 dan malam tu,kami dikehendaki membuat puisi berdasarkan benda yang kita rasa paling menarik..aku pilih bunga Ixora ..dan dengan bangganya aku mengatakan yang,inilah puisi pertama aku hasil nukilan aku sendiri..bacala..tidakla segempak orang lain punya..

Dikala malam menjelma
  Warnamu merah menyala
Kecil dan comel tubuhmu Ixora
   Tidak ku sangka rupamu seindah namamu
 
Hari Kedua

Hari kedua ni paling best..tapi terlalu panjang untuk diceritakan..jadi,aku ambil the best part..'Misteri John bin Abdullah'..Siapakah gerangan tersebut? Begini ceritanya,sebelum kami dibenarkan pulang ke bilik hotel masing-masing,Harith tanya kitorang nombor bilik kitorang,kitorang pun bagitahu jela,sebab lagipun kami semua menginap sebelah menyebelah je antara lelaki dengan perempuan..lepas tu dia kata dia nak main ketuk-ketuk pintu..diorang memang,saje mengetuk bilik orang lepastu lari..

Nak dijadikan cerita,masa kami dah ada dalam bilik,tiba-tiba kami dapat panggilan daripada seseorang..aku dah takut dah..lepastu aku angkat..dan beginilah perbualannya..

TELEFON HOTEL BERDERING

JOHN:cik,tadi cik order chicken chop,so macamana ni..chicken chop pun dah siap
AKU:apebenda ko ni,masa bila plak kitorang order chicken chop
JOHN:mana boleh macam tu cik,walau macam mana pun,cik kena bayar jugak chicken chop ni..40 ringgit
AKU:bayar apa nya,duit aku ada dua ringgit je..bawak jela chic chop tu,boleh kitorang makan..eh jap jap,ko ni siapa sebenarnya?
JOHN:receptionist la..(gelak)

LETAK GAGANG

TELEFON HOTEL BERDERING LAGI
AKU:tadi kata nak hantar chicken chop,mana nya?
JOHN:oh maafla,chicken chop terbakar..nak kami gantikan dengan Camel Chop ke?
AKU:ape kebenda la dia ni..
JOHN:(gelak)
 

jadi,faham? kami syak,semua ni kerja si Harith tu......geram jugak tau,sebab dalam berpuluh kali diorang call kitorang..last-last,sebab kami dah geram sangat,kitorang cabut wayar phone tu,padan muka..si John ni pun call orang lain jugak..dia call bilik Farah..Farah kata John cari Wahida,kawan aku..memang sahla yang John bi Abdullah tu Harith sebab dari hari pertama lagi aku tengok si Harith macam suka je dekat Wahida..

Hari Ketiga..

Kami bertolak pulang..uwaa..sedihnya...
cuba cari mana John,dia pakai baju belang..hohok


tekun membuat cerpen
 aku menanam tekad untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang penulisan..aku nak memperjuangkan bahasa Melayu melalui keindahan puisi dan cerpen..InsyaAllah..

Kem PPIM di Perlis

By : Friday, June 07, 2013 Ada : 5 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum..Alhamdulillah,aku selamat sampai ke rumah pukul 7 tadi..PENAT..kem ni memang memenatkan sungguh..5 hari pulak tu..sepanjang kem ini berlangsung,kontinjen Sabah,Putrajaya dan N.Sembilan menginap di asrama SMK Syed Alwi..

Hari Pertama

Kami bertolak ke Perlis pada pukul 9pagi,dan sampai pada pukul 7 petang..masa malam,kami bersama kontinjen lain makan dan berkumpul di dewan apa tah..memang kembung habis la perut masa tu akibat kekenyangan..lepas makan ABC,aku dan Firzanah diajak oleh seorang guru dari Perlis untuk teman dia ke tandas dekat hujung tempat tu(sebab tandas lain dah penuh)..tandas tu dari jauh nampak menyeramkan..Diana pun nak ikut sekali..

Bila dah sampai ke tandas tu,Firzanah berani gila mengalahkan iron man main redah je tandas tu,sebab nak cari suis lampu..tandas tu ada 2 pintu..aku kemain lagi peluk si Diana tu sebab takut gila..pastu,Zanah masuk pintu sebelah lagi..tak de jugak lampu..TIBA-TIBA,Zanah suruh kitorang keluar cepat dari tempat tu..then,dia bagitahu kat kami yang dia ternampak something bawah sinki tandas tu..masa tu gelap gila..aku dah cuak cuak cuak dah masa tu..dia kata yang benda tu besar juga,macam lembaga yang tengah tengok dia..tapi tak de mata..




comel Zanah



Hari Kedua

Pagi tu ada pertandingan tatacara perjumpaan..6 pasukan berentap,Selangor,Johor,Putrajaya,Perak,
Pulau Pinang dan Melaka..Kitorang berdebar gila,sebab penampilan diorang smart sangat! diorang semua pakai kasut kulit hitam,kami pakai kasut sekolah je..huhu..

Bila berlangsung kawad tu,satu benda je nak cakap,HANCUR..komanden kitorang terlupa nak bahagikan kami dalam 3 kumpulan..dan banyak lagi kesalahan yang komanden buat..memang aku sumpah sumpah dia masa tengah berdiri dalam setengah jam tu..kesian dia,sebab dia pun berdebar..


Hari Ketiga

Pagi tu berlangsungnya pertandingan senamrobik..kami agak meletakkan harapan yang tinggi pada senamrobik sebab yela,kawad dah hancur,senamrobik jela satu satunya harapan yang ada setelah debat pun kalah..><..untuk kedua kalinya,giliran kami yang keenam..

Petang tu kami ke Gua Kelam..yeay! akhirnya tercapai jugak hasrat nak jejak kaki ke gua ni..cantik gua ni..

Zanah memang pantang nampak orang nak ambik gambar,dia mesti nak selit jugak..lol..aku sayang kau Nurul Firzanah ooii..lol gila,ada muka juri kawad kaki yang sebijik dengan muka dia..

Malam tu ada persembahan ..setiap pasukan kena buat persembahan..kami nyanyi lagu sahabat dan teman sejati..

Hari keempat

Ada majlis penutupan yang sangat membosankan..Isteri Menteri Besar Perlis datang..Perak menang senamrobik dan tatacara perjumpaan..cemburunya! tapi diorang memang hebat..

Petang tu kami ke Padang Besar..tak de la best sangat..aku belanja sakan kat situ..malam tu ke masjid terapung Al-Hussein kalau tak silap,bila di lihat betul-betul,tak dela terapung sangat,masjid di pesisiran tasik adalah..air dia surut,sebab tu tak nampak terapung..

Hari kelima

Bertolak balik ke Putrajaya..

Rindunya dekat Firzanah dan adik-adik sekolah rendah..sayang diorang..rindukan lawak Zanah dan muka selenga Asma,lol



Dear Perlis,Here I Come !

By : Sunday, June 02, 2013 Ada : 2 Comments Labels : , ,


kalau la itu aku,dah lama dah tergolek tergolek mati
Assalamualaikum..
Arghh,berserabutnya otakku,dengan pelbagai benda yang perlu dibereskan..esok,aku akan bertolak ke Perlis,mak kata aku pernah pergi Perlis,tapi aku rasa,tidak pernah lagi kaki ku ini dijejakkan ke Perlis Indera Kayangan..tak sabar owhh..ini lah pertama kali aku mewakili negeri ke peringkat kebangsaan,eh,Putrajaya bukan negeri..YEAYHH,kami semua membawa semangat Putrajaya,jaga la korang..*hey dude,diorang ada mak ayah sendiri,takyah nak rajin jaga diorang..tapi kan,tapi kan,i would say that,kem ini lah kem yang paling aku benci sekali..sebab,dari awal sampai akhir,kitorang kena pakai mengikut syarat diorang..yang aku paling menyampah,kitorang kena beli kasut putih..Kat Putrajaya tak main la kasut putih ni(kecuali budak sekolah rendah),membazir je la,nak tak nak,kena beli jugak,macam sakai je Mydin tuh,kasut putih dia kotor..ok la,bye..