Novel Melayu Yang Gempak

By : Tuesday, April 16, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
novel Kan Kukejar Cinta Kamu is one of my favourite novel ever..
cerita dia tentang 2 pasangan yang nikah secara rahsia oleh sebab masalah pertelingkahan keluarga..
last-last,suami dia ni lupa ingatan..


Novel ni sangat sangat sangat best..
lenguh tangan nak menghabiskannya sebab novel ni ada 858 muka surat..
dan lama jugak nak menghabiskannya..cerita ni tentang,tentang...tak ingat ..
baca la sendiri
 click picture 
amek ko..
haha..

 novel ni memang best..
tapi,bagi aku,heroin novel terlalu sensitif la,menyampah pulak..
 
Widad gadis yang tabah. Yang penyabar. Yang kuat pegangan. Membawa diri ke luar negara setelah memutuskan pertunangannya dengan anak majikan ayahnya, Raof. Sedar dirinya tidak setaraf untuk bergandingan dengan Raof, anak orang kaya. Merawat lara diri tetapi akhirnya Widad kembali ke tanahair.

Malang menimpa Raof bila dia dituduh mengasari kekasihnya, lily dan didakwa di mahkamah. Atas saranan keluarga, Raof berkahwin dengan Widad untuk membuktikan yang dirinya lelaki yang bertanggungjawab bukan bengis dan kasar terhadap wanita.
Sebelum perkahwinan, Widad ada membuat satu perjanjian dengan Raof yang menyatakan perkahwinan mereka akan terlerai selepas kes mahkamah Raof selesai. Raof yang tidak memahami tindakan Widad itu hanya mempersetujuinya sahaja.
Sepanjang perkahwinan mereka, Widad selalu di perli, di sakiti hatinya, dan seperti tidak dihargai. Tetapi Widad tabahkan hati. Menerima takdir dirinya walaupun terasa diri begitu hina dimata suaminya.
Sebenarnya, Raof mencintai Widad tetapi kerana sudah terbiasa bersikap kasar dengan Widad sejak kecil membuat dia berterusan bersikap begitu. Merasakan dirinya lebih baik dan lebih kaya dari Widad.
Setelah kes mahkamah selesai dan Raof memenanginya. Widad pergi meninggalkan Raof. Sangkanya berakhir sudah ikatan perkahwinannya seperti yang tertulis di dalam perjanjian mereka.
Raof bagai hilang nyawa bila menyedari Widad meninggalkan dirinya. Dicari Widad. Ingin menjelaskan kedudukan sebenar tetapi Widad enggan berjumpanya.
Dengan pertolongan dari ayah Widad, akhirnya Raof menemui Widad. Memohon maaf atas kekasarannya selama ini. Mengakui akan cintanya pada Widad membuat Widad tersentak. Dan sesungguhnya jodoh mereka masih kuat, akhirnya Widad mengalah dan memaafkan Raof. Raof berjanji akan menjadi pecinta yang setia hanya untuk isterinya, Widad.
Penulis   : Norhayati Ibrahim

ramai pembaca yang geram dengan hero novel ni..sebaliknya,aku pulak geram dengan heroin novel ni,bak kata ore klate,manja kededek..(manja sangat)..lol

SINOPSIS
Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.

Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.

Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.

Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.

Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki?
last but not least,Ombak Rindu..
novel Melayu yang paling best abad ini..*ambuuuiii*
Novel-novel diatas aku pulun membacanya right after PMR..semuanya novel dewasa,hehe..
 Najihah tak kesah,lulzy

2 comments:

  1. novel ombak rndu sye baca time darjah 5 or 6..
    gila lah haha..tp novel tu memang best

    ReplyDelete
  2. oh ye?..saya memang ketinggalan zaman...haha

    ReplyDelete

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..