Latihan Choral Speaking

By : Tuesday, April 30, 2013 Ada : 10 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
Post kedua untuk hari ini..
Tadi,dekat sekolah,ada latihan choral speaking..
kitorang berlatih menggunakan skrip tahun lepas,iaitu 'Gadget'..
aku ingat jugak la skrip tu,tapi ada certain part yang tersasul-sasul yang menyebabkan  lidah aku terjelir-jelir (akibat tersasul)..
latihan ni bertujuan untuk persediaan persembahan di hadapan Perdana Menteri yang bertempat di Parcel E pada Jumaat depan..(aku pun tak tahu kesahihan maklumat ni,tapi itu la yang cikgu maklumkan kepada kami)..
yeay!! dapat jumpa PM lagi..first time jumpa masa 2011,aku dan rakan-rakan sekelas buat persembahan di hadapan PM dan menteri mana tah aku tak ingat masa hari Flora di Putrajaya..
memang majal la masa tu..kitorang macam tah pape je nyanyi lagu Wilayah Persekutuan yang baru ditengah-tengah taman bunga yang dihias indah..macam ape tah..pastu,kawan-kawan aku ada terdengar yang PM cakap,"they make the song sounds better"..(sebab masa tu PM betul-betul berada dihadapan tempat kami menyanyi iaitu dihadapan rimbunan pokok bunga yang indah..aku ingat lagi ayat dia ni..i was like..seriously?

Besok ada tuisyen Addmath,seriously,actually,aku tak tahu apa masalah kawan-kawan sekelas aku ni,sebab diorang yang nak cikgu buat tuisyen pada esok hari..ish,diorang ni,esokkan cuti,it's cuti..just let it be!!..asyik duk sebut tak paham quadratic function la itu la ini la..it's ok kalau nak buat tuisyen but consider la sikit ,besok cuti plak,hancur harapanku untuk tidur sampai pukul 12 tengah hari esok..arghhhhhh.. >_<

Happy Birthday To Izyan Najwa !

By : Wednesday, April 24, 2013 Ada : 2 Comments Labels : , ,

Assalamualaikum..
post kedua untuk hari ni ditujukan khas kepada Izyan Najwa..
Esok birthday budak comel ni..
dia memang comel,tapi comel lagi aku..haha..lol..Izyan Najwa jangan marah..
first of all,nak ucap semoga maju jaya dalam kehidupan..
semoga panjang umur dan murah rezeki..lupakan kisah lama..ukir kisah baru..
aku bukanlah kawan yang sempurna untuk kau..*Izyan tengah angguk*..lol..
semoga berjaya dalam peperiksaan yang akan datang..kau pandai,kalau usaha lagi,memang boleh jadi lagi tip top lah..
ok la,tu je kot apa yang aku nak cakap..sebabnya,homework si Ashikin tu aku tak siap lagi,kalau tak esok mampus riwayat hidup aku ditamatkan..ko tahu-tahu je la kan..
Maaf..sebab aku tak ada hadiah untuk diberikan kepada kau..sebab,aku sebenarnya memang tak ada duit pun..kalau hari jadi Jannah ngan Wahida pun aku tak bagi hadiah..so faham-faham lah ek..sorry again.. :)

Alhamdulillah,Adik Dah Sembuh..

By : Wednesday, April 24, 2013 Ada : 0 Comments Labels : , ,


Assalamualaikum..
Honestly,I really miss this blog damn much..i don't really know why..but i keep on thinking about this blog in class or so on..It's like,damn it,i really want to see my blog live in laptop..actually,i have to  study for the mid year exam..still got lots of topics to be revised..back to the main point..adik aku dah sembuh dari demam dia ..dia start demam masa hari Jumaat petang(right after dia habiskan duit Pou aku and today,damn it,dia habiskan lagi duit aku daripada 5000 jadi 400..nak je cepuk dia,tapi..demamkan,sabo je la..)..demam dia agak teruk sebenarnya..perut dia jadi keras,makan tak lalu..muntah-muntah..berak cair..sangat happy bila tengok dia bergurau senda dengan mak tadi..

Aku ni,apa nak jadi la..asyik-asyik ngan blog ni..tak boleh jadi ni..malam ni kena habiskan jugak ulangkaji biologi..stress wei hidup..
Hari Sabtu ni ada Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke 5..Dan Alhamdulillah,untuk kali ketiganya,aku naik lagi pentas tu..

Bloody Monday

By : Sunday, April 21, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
actually,cerita ni dah lama..
saja je nak cakap..
cerita ni sangat la best jalan cerita dia..
mengisahkan tentang seorang penggodam yang diarahkan oleh polis untuk menggodam maklumat-maklumat yang mampu melenyapkan bandar Tokyo..bandar Tokyo kemungkinan lenyap oleh sebab pengganas yang mengancam untuk menyebarkan virus Bloody X di Tokyo..
bijak cerita ni..
nak tengok?
kat SINI
percayalah,anda sendiri akan terkedu apabila menonton drama ni..

kalau tak tengok lagi,tengok la..cerita ni sangat la gempak..

Novel Melayu Yang Gempak

By : Tuesday, April 16, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
novel Kan Kukejar Cinta Kamu is one of my favourite novel ever..
cerita dia tentang 2 pasangan yang nikah secara rahsia oleh sebab masalah pertelingkahan keluarga..
last-last,suami dia ni lupa ingatan..


Novel ni sangat sangat sangat best..
lenguh tangan nak menghabiskannya sebab novel ni ada 858 muka surat..
dan lama jugak nak menghabiskannya..cerita ni tentang,tentang...tak ingat ..
baca la sendiri
 click picture 
amek ko..
haha..

 novel ni memang best..
tapi,bagi aku,heroin novel terlalu sensitif la,menyampah pulak..
 
Widad gadis yang tabah. Yang penyabar. Yang kuat pegangan. Membawa diri ke luar negara setelah memutuskan pertunangannya dengan anak majikan ayahnya, Raof. Sedar dirinya tidak setaraf untuk bergandingan dengan Raof, anak orang kaya. Merawat lara diri tetapi akhirnya Widad kembali ke tanahair.

Malang menimpa Raof bila dia dituduh mengasari kekasihnya, lily dan didakwa di mahkamah. Atas saranan keluarga, Raof berkahwin dengan Widad untuk membuktikan yang dirinya lelaki yang bertanggungjawab bukan bengis dan kasar terhadap wanita.
Sebelum perkahwinan, Widad ada membuat satu perjanjian dengan Raof yang menyatakan perkahwinan mereka akan terlerai selepas kes mahkamah Raof selesai. Raof yang tidak memahami tindakan Widad itu hanya mempersetujuinya sahaja.
Sepanjang perkahwinan mereka, Widad selalu di perli, di sakiti hatinya, dan seperti tidak dihargai. Tetapi Widad tabahkan hati. Menerima takdir dirinya walaupun terasa diri begitu hina dimata suaminya.
Sebenarnya, Raof mencintai Widad tetapi kerana sudah terbiasa bersikap kasar dengan Widad sejak kecil membuat dia berterusan bersikap begitu. Merasakan dirinya lebih baik dan lebih kaya dari Widad.
Setelah kes mahkamah selesai dan Raof memenanginya. Widad pergi meninggalkan Raof. Sangkanya berakhir sudah ikatan perkahwinannya seperti yang tertulis di dalam perjanjian mereka.
Raof bagai hilang nyawa bila menyedari Widad meninggalkan dirinya. Dicari Widad. Ingin menjelaskan kedudukan sebenar tetapi Widad enggan berjumpanya.
Dengan pertolongan dari ayah Widad, akhirnya Raof menemui Widad. Memohon maaf atas kekasarannya selama ini. Mengakui akan cintanya pada Widad membuat Widad tersentak. Dan sesungguhnya jodoh mereka masih kuat, akhirnya Widad mengalah dan memaafkan Raof. Raof berjanji akan menjadi pecinta yang setia hanya untuk isterinya, Widad.
Penulis   : Norhayati Ibrahim

ramai pembaca yang geram dengan hero novel ni..sebaliknya,aku pulak geram dengan heroin novel ni,bak kata ore klate,manja kededek..(manja sangat)..lol

SINOPSIS
Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.

Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.

Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.

Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.

Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki?
last but not least,Ombak Rindu..
novel Melayu yang paling best abad ini..*ambuuuiii*
Novel-novel diatas aku pulun membacanya right after PMR..semuanya novel dewasa,hehe..
 Najihah tak kesah,lulzy

Sukaneka Tadika Islam Amaniah

By : Sunday, April 14, 2013 Ada : 0 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
Semalam,aku menghadiri hari sukaneka Tadika Islam Amaniah MAIWP (yaya punya tadika) dekat Cheras..
Yaya pergi dengan bas..
Kitorang bertolak ke tempat tu dalam pukul 9 pagi..
Sesampai nya kat situ..kitorang terus pegi dekat khemah rumah hijau(tadika putrajaya punya)..
ramai gila budak-budak kat situ..kitorang cari Yaya dalam 5-10 minit macam tu la,but still tak jumpa-jumpa ..
Mak aku dah berair mata..
Aku lah yang menjadi ejen menahan mak aku dari menangis lagi..
habis satu khemah besar tu aku pusing-pusing..dah la cuaca panas gila..
pusing punya pusing,ternampak budak perempuan bertudung putih duduk diam sambil berlunjur dalam khemah..
aku lentokkan kepala aku sikit,tengok-tengok..YAYA!!


Alhamdulillah,ingat ke hilang ke mana si Yaya  ni..
sesampai je dekat dia..
bila tengok dia termenung sesorang..duduk diam je..
rasa macam nak menitis pulak air mata ni..
sayu menengoknya..mesti dia ingat yang kitorang tak datang..
kesian bebudaak kat situ..kepanasan yang teramat..sangat panas tempat tu..
tapi,aku memang tabik la budak-budak perempuan kat situ,kebanyakannya,diorang still pakai tudung even cuaca sangat la panas..

tengah tunjuk kawan dia..
Yaya masuk acara tarik bola dengan gelung..
comel je Yaya masa dia tarik bola tu..
rumah hijau dapat nombor 2..
tak pela,they did their best..



kawan-kawan Yaya tersangat la comel..
terutamanya kawan dia yang nama Aziz@Otai..
Comel gila!!
Aku sangat terkejut,bila aku dapat tahu yang,nama kawan baik Yaya yang selama ni dia selalu sebut,merupakan ADIK kepada kawan baik aku sendiri!!
kebetulan yang sangat unik bin ajaib...
      

   
    
 

14 years old mother

By : Tuesday, April 09, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
Hari ni tergerak hati nak post pasal drama ni..
Drama ni berjudul '14 sai no haha @ 14 years old mother'..
 Tu la pelakon utamanya..
yang kiri tu Mirai Shida,yang kanan tu Haruma Miura..
drama ni dah lama,2006..


   Tu la hero dia..
hensem tahap kuasa kuda..
asal hensem sangat ek..
geram menengoknya..

Drama ni mengisahkan tentang budak perempuan berumur yang masih berumur 14 tahun mengandungkan anak boyfriend dia..Bila family dia dapat tahu yang dia pregnant,diorang asyik duk suruh si bunting ni gugurkan anak dia..si bunting ni pulak,berkeras nak lahirkan anak tu walaupun doktor dah bagi amaran yang risiko tinggi kalau dia beranak..
rasa malas la pulak nak tulis..

Banyak pengajaran yang aku dapat masa tengok drama ni..
Lakonan Mirai Shidai ni memang menjadi,terutamanya masa babak dia nak beranak..
sampai meleleh hingus aku ni menengoknya,sedih sungguh..

klik di bawah untuk tonton
(kalau yang dah tengok tu,kita tau kita ketinggalan zaman..huhu)

semalam sempat lagi aku tanya budak jepun sekolah aku kat FB,aku tanya,dia dah tengok ke cerita ni..
pastu dia kata,"wah,saya belum tengok lagi,nanti saya akan tengok!"..i was like,aku yang berada nun jauh di Malaysia ni pun dah tengok,dia belum lagi..haha