Puding Kastard

By : Sunday, March 24, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Resepi ini sangat ringkas..Sesiapa sahaja boleh mencubanya..Let's check it out..


Peralatan:
1.Pengukus
2.Bekas kecil untuk letak puding

Bahan-Bahan:
-Caramel-
1.4 sudu gula atau lebih
2.1 sudu air atau lebih

Egg Mixture:
1.2 biji telur
2.250 ml susu
3.5 sudu gula

Cara-Cara:
-UNTUK CARAMEL-
1.Masukkan gula dan air dalam kuali
2.Kacau sehingga warnanya keperangan
3.Tambah air jika larutan itu menjadi keras
4.Tuang dalam bekas untuk puding
5.Ianya akan mengeras dengan sendirinya

-UNTUK EGG MIXTURE-
1-Masukkan telur dan  pukul dalam bekas tupperware atau lain-lain
2.Masukkan susu dan gula dalam kuali dan kacau sehingga sebati
3.Masukkan larutan nombor 2 ke dalam telur yang dipukul sebentar tadi
4.Tapis kedalam bekas jika mahu
5.Masukkan dalam cawan

-KUKUS-
1.Curahkan air kedalam pengukus
2.Masukkan larutan puding ke dalam bekas
3.Kukus sehingga 10-15 minit (mengikut kesesuaian)
4.Bila sudah siap dikukus,sejukkan sebentar dan letakkan kedalam fridge untuk menyejukkannya jika mahu
5.Sedia untuk di makan..

Aku ni dah kenapa..Tetiba post pasal resepi..tak de keje..tapi,resepi ni memang menjadi

2 comments:

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..