Kejar Mengejar

By : Thursday, March 28, 2013 Ada : 0 Comments Labels :
Assalamualaikum..
tengah hari tadi,aku tengok cerita Jepun dekat handphone..
lepastu,masa tengah syok tengok cerita tu..
tetibe,terdengar bunyi kereta memecut dengan lajunya..
aku terus tutup case phone tu..
lepastu usha usha kat tingkap..
terdengar jugak suara orang melaung..
aku curious,nak tau jugak amende yang terjadi..usha punya usha,aku ternampak
ada lelaki lari lari ke arah satu blok ni..
    disebabkan perasaan ingin tahu,rambut aku yang serabai ni aku ikat lepastu aku
sarungkan tudung nak turun lif pegi tengok 'scene' menarik tu..
tapi aku terpikir jugak kalau kalau tetibe penjenayah muncul depan lif ..
pastu kalau dia culik aku..mak aii..mati..*so,homework tak yah buat,lulzy*..
pastu aku batalkan je niat tu..

Ayah aku polis..bila dia balik dari kerja..
dia bagitahu yang,seorang penghuni rumah tingkat 3 kat blok aku 
kena kejar dengan polis..
oo..baru ku tahu..
dia penagih dadah ...dah agak dah..       

Drama Asia Timur

By : Monday, March 25, 2013 Ada : 0 Comments Labels :
Assalamualaikum..
Asia Timur meliputi China,Jepun,Korea and ...
Ni senarai drama-drama yang bagi aku,sangat best..

Jepun:

Taiwan:

Korea:

Puding Kastard

By : Sunday, March 24, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Resepi ini sangat ringkas..Sesiapa sahaja boleh mencubanya..Let's check it out..


Peralatan:
1.Pengukus
2.Bekas kecil untuk letak puding

Bahan-Bahan:
-Caramel-
1.4 sudu gula atau lebih
2.1 sudu air atau lebih

Egg Mixture:
1.2 biji telur
2.250 ml susu
3.5 sudu gula

Cara-Cara:
-UNTUK CARAMEL-
1.Masukkan gula dan air dalam kuali
2.Kacau sehingga warnanya keperangan
3.Tambah air jika larutan itu menjadi keras
4.Tuang dalam bekas untuk puding
5.Ianya akan mengeras dengan sendirinya

-UNTUK EGG MIXTURE-
1-Masukkan telur dan  pukul dalam bekas tupperware atau lain-lain
2.Masukkan susu dan gula dalam kuali dan kacau sehingga sebati
3.Masukkan larutan nombor 2 ke dalam telur yang dipukul sebentar tadi
4.Tapis kedalam bekas jika mahu
5.Masukkan dalam cawan

-KUKUS-
1.Curahkan air kedalam pengukus
2.Masukkan larutan puding ke dalam bekas
3.Kukus sehingga 10-15 minit (mengikut kesesuaian)
4.Bila sudah siap dikukus,sejukkan sebentar dan letakkan kedalam fridge untuk menyejukkannya jika mahu
5.Sedia untuk di makan..

Aku ni dah kenapa..Tetiba post pasal resepi..tak de keje..tapi,resepi ni memang menjadi

Program 3 Penjuru

By : Friday, March 22, 2013 Ada : 0 Comments Labels : ,
Dekat sekolah tadi,ada program 3 penjuru,iaitu perjumpaan antara guru,ibubapa dan pelajar untuk menyatakan prestasi pelajar dan memberi report card..agak membosankan..aku dengan Jannah merayau-rayau je sepanjang hari..hari ni,Fahd dan Hazdin lawat kelas kitorang..kesian bila tengok Fahd,penat je muka,maklum la,dari pukul 5 pagi sehingga 11 malam,ada je apa-apa aktiviti dekat MRSM dia tu..dia kata dekat sana,dia pergi ke mana-mana pun sesorang..sedih mendengarnya..pastu dia kata,dalam kelas Sejarah,cikgu uji pelajar untuk tidak menguap,dia tak lepas ujian tu,then,cikgu tarik telinga dia ..ishh ishh ishh..jadi,bila difikirkan balik,duduk kat rumah berganda lagi best dari duduk kat asrama..masa 3 penjuru tadi,cikgu cakap dekat ayah aku yang aku ni TALKLESS dalam kelas..cikgu ni banyak cakap betulla,mengajarnya tidak..oppss..(perkara benar)


Tadi,baru belajar macam mana nak buat flag counter..butiran lanjut dekat sini ..