Resepi Truffle Oreo

By : Sunday, December 29, 2013 Ada : 9 Comments Labels : ,

Assalamualaikum.Hari ni nak kongsi resepi truffle oreo.Resepi ni saya belajar dari kawan sekelas.Boleh dikatakan,antara yang tersenang dan tersedap dan hanya memerlukan 2 bahan utama ! Lets get started.It's just easy as ABC.First of all,you will need :


1. 3 paket oreo (2 pun boleh) [bahan utama/wajib ada]
2. 250 gm cream cheese [bahan utama/wajib ada]
3. coklat masakan (putih/coklat/sukahati) [bahan option/tak ada pun tak pe]


Hancurkan oreo sampai lumat


Masukkan cream cheese.Sebenarnya cream cheese ni seeloknya kena pukul dulu dengan mixer [untuk lembutkannya].Sebab susah nak sebatikan dengan oreo bila buat macam saya ni.


Bulat-bulatkan.Masukkan kejap dalam peti ais.5 minit pun boleh.Sementara tu bolehla kita cairkan coklat masakan.


Siap celup.Masukkan dalam peti ais biar lapisan coklat keras.


Tadaaaa!!! Siap pun.Sedap gila tau.

Nostalgia Musim Banjir

By : Wednesday, December 04, 2013 Ada : 5 Comments Labels :
Assalamualaikum.Lama tak menaip disini .Malas menguasai diriku.Lagipun aku kena sedar diri yang aku ni tentera SPM tahun depan.kalau dah namanya tentera,aku kena asah setajam-tajamnya pedang-pedang,melengkapkan senjata-senjata yang aku perlukan dan mempersiapkan diri aku.Aku tak nak kecundang ketika peperangan.Bosan cuti sekolah ni,kadang-kadang bila menelaah buku revision,aku meraung seorang diri sebab bosan sangat.Dah macam serigala pun ada aku ni.

Tapi aku kagum jugak dengan diri aku,di kala cuti sekolah ni,boleh jugak aku sentuh buku sebiji dua...ok la tu kan.aku belaja sikit sikit je.biar sikit,tapi paham ...


Aku nak bercerita mengenai nostalgia musim banjir di kedua belah kampungku.Bagi orang tua,mereka benci musim banjir,tapi bagi budak-budak macam kami,INILAH PESTA !! haha...masa tu lah orang bersedia buat rakit sendiri guna batang pokok pisang..kalau dekat rumah nenek aku,dia ada perahu,kadang-kadang kitorang ronda kampung menyusuri banjir dengan perahu...bestnya Ya Allah..how i miss that moment...lepas tu,dekat rumah nenek aku,ada pelampung hitam yang bersaiz besar..dalam 4 orang boleh naik..kitorang pernah naik sama-sama,tapi terjunam ke dalam air...hahaha...

Satu lagi yang aku tak dapat lupakan..kawasan rumah nenek aku tu tak de la besar mana air dia..so,kitorang cari port yang air dia tinggi..salah satunya dekat satu rumah ni,rumah dia betul-betul tepi sungai,air dia tinggi..best sangat..ramai pulak yang main dekat situ...

Banjir tahun 2004 kekal dalam memori aku..Tahun tu mencatatkan antara banjir terbesar pernah melanda kampung aku..mana tidaknya,rumah nenek aku tu dah tinggi,tapi nak kata besarnya banjir,dalam rumah nenek aku pun boleh berenang,air dalam paras pinggang..kalau nak pergi rumah nenek aku dengan berjalan kaki memang sorry la,tu namanya cari nahas..so kitorang naik rakit lepastu pindah ke pusat apa tah...ini semua tempias tsunami besar yang melanda Phuket dan Acheh...

Dan hari ni,kampung ku dilanda banjir..  :(  ...Dah 5 tahun aku tak rasa suasana banjir..Hatiku meronta ingin bermain air banjir.Biarlah orang nak kata apa,air banjir kotor ke apa ke..haha...rasa jijik tu kadang-kadang,tak dapat dinafikan ,wujud jugalah..tapi,who cares right...even sepupu aku yang sejak kecil lagi duduk Selangor,main banjir sekali....ingat ke dia geli nak main air,tapi dia pun  kali lima sepuluh...

Bye,aku tahu aku melalut sorang sorang

RESEPI OREO GORENG

By : Friday, November 08, 2013 Ada : 8 Comments Labels : ,
Assalamualaikum.Ada sapa sapa pernah dengar 'Oreo Goreng' ,i bet tak ramai kot yang tahu.Fried Oreo ni hasil ciptaan orang Amerika sebenarnya.Well you know,America is known as a country with highest population of fatty people.Tengokla pulak makanan dia macamana.dah elok rupanya oreo,digoreng pulak.ada kes lagi tak leh bla,coklat bar 'MARS' pun di deep fried sekali tau.gila tak gila orang putih ni.dah tiga hari dah aku tak pergi sekolah.lantak la,lagipun kalau pegi pun,dekat mana kami nak duduk,kelas pun tak de,sebab di ubahsuai unntuk dijadikan apa tah.sejak akhir-akhir ni,tangan aku ni asyik gatal nak masak je.asal nampak ayam,mula la imagine something..nampak mangga terbayanng kerabu mangga..jom buat oreo goreng yang sangat mudah dan lazat untuk dibuat!

Bahan-bahan :


 Sebenarnya,resepi asal dia guna,pancake mix,telur dan susu.tapi,untuk tak nak peningkan kepala dan jimatkan kos,guna je tepung cucur lemak manis yang dah tersedia di pasaran.kerja jadi senang.isn'it ?

 Cara-cara :


1.ikut anda la nak guna banyak mana tepung cucur tu.tambahkan sikit air.jangan main ikut suka je taruk air tu.tengok jugak consistency dia.jangan bagi terlalu cair,sebab kalau terlalu cair,nanti masa nak celup oreo,dia tak betul-betul melekat pada oreo.biar kasi pekat sikit.
2.celupkan saja oreo ke dalam batter tu .kemudiannya,goreng. (gambar menggoreng tak nak tunjuk sebab buruk sangat rupa kuali tu)

Hasil yang tak berapa nak hasil



cuba la.sedap sangat rasa dia.oreo tu cair dalam mulut kita.yummm..


SPM Itu Penentu Masa Depan

By : Friday, November 01, 2013 Ada : 6 Comments Labels :
Assalamualaikum.Lama gila tak menulis dekat sini.Rasa macam pelik pulak.Aku selama ni duk habiskan masa dengan buku-buku pelajaran.Tapi tang mana silapnya,last-last,belajar last minit jugak.Tu yang exam tak berapa nak ok tu.Ala,orang lain pun macam tu jugak.Paper yang paling senang pun Sejarah kertas 1.Yang paling susah,rasanya sejarah paper 3 dan fizik kertas 1.yang sejarah paper 3 tu,dalam 8 muka surat tau karangan yang aku buat.memang susah,memangla boleh tengok buku,tapi yang tak de dalam buku lebih banyak dari yang ada dalam buku.


gambar ni masa abang konvo hari tu..seriously,tak sangka abang saya yang sorang ni boleh pergi sejauh ni.bila tengokkan keputusan UPSR dgn PMR dia,aku lagi hebat..dia dapat 1A UPSR dengan 4A PMR ,6A SPM ..Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah dan seterusnya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai,Johor.Jadi,sape sape yang tak dapat straight A dalam apa jua exam pun,jangan la anggap perjalanan kita berhenti setakat tu je,hidup kita masih panjang.Aku pun sejak akhir akhir ni duk berkhayal tentang masa depan je.Takut tak dapat straight A SPM.tapi tak pe,walaupun rasa macam mustahil je nak dapat cemerlang SPM,aku akan berusaha,ye,berusaha!

seriously,UTM luas gila!! masa abang dengan mak ayah duduk dalam dewan tu,kitorang pergi jalan-jalan guna kereta dalam u tu..bayangkan la,kitorang nak cari pesta konvo dia..kitorang round berapa kali tak jumpa jumpa..jalan dia berselirat,abang kata,ada student yang jarak fakulti dia dengan asrama mencecah jarak kilometer,wow...aku tak faham sebenarnya dengan kawan sekelas yang nak kerja lepas habis final exam ni..seriuosly,bagi aku,bulan 11 dan 12 merupakan masa yang sangat kritikal untuk calon SPM tahun depan..inilah masa untuk kita cover semua subjek dan kuasai seberapa bannyak yang boleh.nak harapkan tahun depan? kau nangis kuat kuat.. ada yang berangan nak kerja dekat alamanda la,seriuosly,kau ada anak bini ke untuk dibela atau suami yang tengah sakkit untukk disara? kalau tak,study la..kita perlu prepare for our future..

sejak tengok drama They Kiss Again ,cita cita aku jadi bercelaru.Dalam drama ni,hero dia budak medic,isteri dia pulak ambil kejururawatan.Aku jadi terpengaruh ,rasa macam best je medic ni.dan sejak itu lah aku mengalami mental disorder.sebelum ni aku nak jadi cikgu..dan sekarang ni semua bercelaru.mungkin aku akan tengok keputusan aku dulu kot,nak jadi cikgu sekarang ni pun bukan senang,palinng tidak 7A SPM.Bila aku kata aku nak jadi.....:

Cikgu,ayah cakap aku ni macam tak sesuai,sebab dia kata aku ni cepat baran bila mengajar budak.ada betulnya jugak,aku mengajar adik aku yang lima tahun tu mengeja,dalam masa 5 minit aku boleh mengamuk dan menghempas pintu bilik.Tapi takkan la aku nak mengajar anak murid aku macam tu.Aku ajar kawan kawan dalam kelas pun tak macamtu.Mak sedara aku cikgu,dia kata tak payah la jadi cikgu,berserabut kepala hotak layan kerenah budak sekolah,tapi bapak aku kata,pekerjaan apa je yang tak berserabut.

Doktor,mak kata dia tak kisah kalau nak jadi doktor.tapi bagi aku,dalam banyak-banyak course,kedoktoran la paling mencabar..entahla,macam susah je.eii tak nak aku..ada sorang bekas budak sekolah aku,yang juga kakak kepada kawan sekelas aku,Suhaila,sekarang ni tengah belajar di Royal Surgeon Ireland.Woowww..tapi suhaila ni,adik beradik dia memang pandai pandai..tahun lepas kakak dia straight A SPM..

Pensyarah,gaji besar.kalau tak silap,kena ambik master kan.tapi tinggi ke peluang pekerjaan dia.tak kan lepas ambik master apa semua boleh terus diserap sebagai pensyarah.

Tu jela senarai pendek cita cita aku.ala,jadi cikgu jela,,...tapi kalau korang la,best jadi cikgu sekolah rendah atau sekolah menengah?


Notes In Making

By : Sunday, October 06, 2013 Ada : 16 Comments Labels :

Assalamualaikum.Bila difikirkan,menyesal jugak enjoy terlebih lepas PMR..Bukannya tak perlu enjoy langsung,tapi sepatutnya masa tu diisikan dengan membuat nota ringkas subjek-subjek di tingkatan 4.So sekarang ni saya tengah usahakan semua tu la..sakit betul hati ni bila buat nota,sebab nota saya ni berjela jugak,terutamanya subjek sejarah..Makin benci pulak dengan sejarah.Saya suka belajar sejarah tentang Malaysia dan Islam je,tetapi tidak pasal tamadun entah pape tu,dan paleolitik and whatever tu.

Nota memang menyenangkan bila exam lagi berapa hari lagi.Selak-selak je.Lama jugak ye tak update blog.heshh najihah,final exam is just around the corner.study lah ! 27 Oktober nanti,kami sekeluarga akan ke Johor,konvokesyen abang sulung.Dan tahun depan,insyaallah,abang akan menetap di Cameron Highland selama 2 atau 3 tahun sebab terlibat dalam projek hidroelektrik..huh..gonna miss you a lot..yeay,dapat merasa jugak nanti jejakkan kaki ke sana,sebab seumur hidup tak pernah pergi.

6-1  ...Gomo kelate gomo....

Potluck 4 Pintar

By : Friday, September 06, 2013 Ada : 12 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum.Penat gila,tadi baru balik dari Rumah Terbuka Tengku Adnan Tengku Mansur dekat Presint 2.Ramai gila manusia,banyak khemah makanan.Alhamdulillah,dapat jugak la isi perut ni dengan sate 3 cucuk,mihun sup,kepak ayam bakar dan aiskrim..Semua free ok! Kami beratur selama sejam semata-mata untuk kepak ayam.Huh..Tadi dekat sekolah,kami sekelas buat potluck edisi ke dua.Best sangat sangat,ada spaghetti,pulut kuning,pai ikan and more!!


Harus diakui bahawa,kelas 4P adalah kelas terbaik bagi aku.Ragam pelajarnya,lain macam,dengan ketua kelas yang selalu dijadikan bahan gelak satu kelas.Kesian dia.Nama ketua kelas kami,Syahir..Ada ke patut,si Amir cakap orang dekat bawah ni,Syahir masa besar.
.
.
.
.
.



I've told you,Syahir ni memang jadi mangsa bahan diorang.Bila dahaga,air Syahir jugak la yang jadi mangsa.


Kamilah Madapakers!! Sebenarnya,Madapaka merupakan group rahsia kami di FB..Group tu ditubuhkan untuk jadi tempat kami melalut apa semua,dan setiap orang dilarang sama sekali buat post pasal homework.


Masa kami tengah syok makan,ada jugak la beberapa zombi(budak kelas lain) duk goncang-goncang pintu kelas kami sebab nak serang makanan kami.Lawak.dah kenapa ada yang tuang air dekat belakang tu.


Ternyata,potluck ni berjaya merapatkan lagi silaturahim kami,Alhamdulillah.I love them so much.Tak kiralah,yang laki ke mana ke,semua aku sayang...Semoga kita semua kekal jadi sahabat..

Hari Sukan Tahunan 2013 SMKPP9(2)

By : Saturday, August 24, 2013 Ada : 9 Comments Labels : ,
Assalamualaikum.Habis sudah sukan tahunan .Best jugak la senior tahun ni.Diorang lebih kepada menghentam orang sebenarnya.Rumah Merak dapat nombor 2 tahun ni,kecewa jugakla..Penantian 4 tahun aku di sekolah ni tak tercapai jugak..It's ok it's right tahun depan ada lagi.Guess what,tetibe rasa macam benci rumah kuning pulak,like ngok..Menjadi satu budaya di sekolah kami dimana,3 ketua rumah sukan akan bergabung dan memulau sebuah rumah sukan dan ahli-ahlinya.Ini keputusan keseluruhan~

Keseluruhan
1-Kasawari
2-Merak
3-Bayan
4-Helang

Sorak 1-Merak
2-Kasawari
3-Bayan
4-Helang

Perbarisan 
1-Bayan
2-Merak
3-Helang
4-Kasawari

Hiasan khemah 
1-P.Khas
2-Kasawari
3-Helang
4-Bayan
5-Merak
Suasana Sekitar Hari Sukan


ini lah sekolah kami,bangunan macam oval sikit tu ialah dewan utama iaitu Dewan Tun Abdul Razak


blok ni menempatkan makmal dan bengkel.
banyak kenangan manis sepanjang berada di blok ni dari F1-F3


dekat belakang sekolah ada apartmen kerajaan a.k.a tempat melepak budak-budak yang berdating atau merokok atau membawa moto laju-laju

 perlawanan tarik tali antara guru dan bapa.guru kalah.kesian cikgu ketiga dari kiri,sebab,dari awal tahun sampai sekarang,aku tak pernah siapkan kerja bio dia tu


kesakaian aku memang mampu menewaskan sesiapa sahaja.Ai Tanno tak masuk acara akhir 4 kali 100 sebab dia hanya boleh untuk long distance.


 dah kenapa mata aku tertutup.


 macam pendek je aku.dalam khemah,ada rumah terbuka,lemang dan rendang..aku jadi tukang tuang air untuk cikgu.Best gila sukan tahun ni


 ini masa nyanyian lagu 1 Malaysia.yang kat depan tu budak budak plus ketua rumah.Jahat kot diorang,diorang pulau ketua rumah Bayan.

dah tak larat nak buat caption


ini tahun lepas punya.kami Johan sorakan.

Risau pulak memikirkan tahun depan punya hari sukan.Harap-harap aku tak pegang apa apa jawatan.Tak nak aku.


Mood Study Is On

By : Friday, August 16, 2013 Ada : 11 Comments Labels : ,
Assalamualaikum.Yes,mood study is on.I have to prepare more for my upcoming examination , which is the final exam.Bukan senang.Bonda pengetua kata,sesiapa yang dapat straight A exam akhir tahun ,dia akan belanja makan,if i'm not mistaken lah.Tak batak pun sebenarnya,tapi ,aku lebih inginkan anugerah kecemerlangan daripada benda tu semua.Dah 3 tahun berturut-turut aku dapat,aku takkan biarkan tahun ni terlepas kepada musuh dalam kelas aku tu.Ceh,bukanla musuh mana pun.Target aku untuk final exam ni,dapat Top 3 dalam kelas dan tingkatan,highest Addmath dan Biology dalam kelas dan tingkatan.Begitu tinggi target aku,takpa,aku akan berusaha ke arah itu.Insyaallah.Btw,hari ni hari lahir abah,mak su mah,Husna dan Masyitah.Dahsyat.


Maaf kepada sesiapa yang ada tag atau ajak saya untuk sertai apa-apa segmen atau giveaway.Mood study is on.I just can't go on with that kind of anything anymore.Will stop blogging until SPM habis,maybe? Tak mungkin.

Raya Tahun Ini

By : Tuesday, August 13, 2013 Ada : 5 Comments Labels : ,
Assalamualaikum.Pukul 6 pagi tadi baru tiba dari Kelantan.Cepat betul masa berlalu,baru haritu rasanya berkemas bag nak balik kampung,ni tut tut,dah terbaring kat rumah.Sedih.Homework memang tak sentuh.Aku kadang-kadang pelik dengan cikgu ni,raya pun nak bagi hw,eh,tak bangang plak aku nak buat.Nak bagi hw pun agak-agak la,ini bukan cuti penggal,tapi cuti raya..Kalau sikit tak apa..geram geram..

Raya tahun ini:

1.Diri jadi lebih matang,mana taknya,orang pergi beraya,aku duk basuh pinggan..
2.Pelik dari kebiasaan.Aku buat roti jala dengan mak sedara sampai pukul 2 pagi .Penat.
3.Raya tanpa abah.Abah tak dapat cuti raya.Sunyi.
4.Abah makan maggi Ruski pada hari raya pertama.Double sedih.
5.Semangat untuk kumpul duit raya tahun ni hilang.
6.Duit raya yang berjaya dikumpulkan diluar jangkaan.
7.Duit raya setakat ni-RM 183.
8.Bapa sedara mejadi bapak segala mercun pada malam raya.Lawak sungguh.




Gambar Panorama The 4 Pintarians

By : Friday, July 19, 2013 Ada : 3 Comments Labels : , , ,
Assalamualaikum.Tadi,di kelas,masa Dewa keluar pergi entah mana (dewa selalu macam tu) ,kami semua buat hal masing-masing,aku dan Amir main lawan dam dan geng Susu tangkap gambar.Saja nak berkongsi gambar panorama kami sekelas yang hanya 17 orang ni,huhu,sedih..



Sumpah smart gambar first tu,kreatif diorang ni.Tengokla,susunan kedudukan kelas kami dah macam apa dah,ini semua kerana IB (International Baccalaureate) ..macam-macam kerenah,kena tukar susunan meja kepada bentuk V la,meja guru letak belakang la,kena buat perbincangan ala-ala kedai kopi la (kang kopi jugak aku tuang atas kepala si Mr Patrick tu)..lol.IB turut menekankan perbincangan dalam pembelajaran.Bagi yang tak tahu apa itu IB,ianya merupakan satu program atau sistem pembelajaran (kot.) yang digunakan di sekolah antarabangsa dan sekolah luar negara.Kalau sekolah ni lepas kelayakan and whatever,Insyaallah sekolah aku akan jadi World School pada 2016 (kiamat dunia)..Apa.world school? nak dapat terbaik pmr pun susah,hoho..

Sebanyak 10 sekolah di Malaysia terpilih untuk menjalankan Middle Year Programme IB.Salah satu nya ialah Tunku Kurshiah (seingat aku la),SMS Tengku Faris Petra dan SMK PP9(2)..Apa ke sesat sekolah aku ni..

Selamat Hari Abah...

By : Sunday, June 16, 2013 Ada : 4 Comments Labels : ,




Assalamualaikum..Selamat Hari Bapa kepada hero seumur hidupku,Anuar bin Musa..Bagi aku,dialah yang paling kacak,dialah yang paling baik dan dialah yang paling...hmm..tak de idea la pulak..saya doakan semoga abah panjang umur dan murah rezeki..


tu la hero saya..sangat banyak dosa ku terhadapnya..semoga abah panjang umur..tanpa abah,siapa la kami..terima kasih kerana sanggup bekerja untuk mencari sesuap nasi untuk kami..akak janji,akak akan belajar bersungguh-sungguh dan suatu hari nanti akan senangkan hidup abah..nanti saya dah kerja,abah tak payah susah payah lagi,biar kakak je bagi duit untuk ayah..terima kasih abah sebab selama ni sudi memaafkan segala perbuatan akak yang telah membuatkan ayah terkilan..Ya Allah,sesungguhnya,kegagalan terbesar dalam hidup ku adalah untuk mengulangi lagi kesilapan bodoh yang suatu tika pernah aku bertekad untuk tidak mengulanginya lagi Ya Allah..


Kem Penulisan Kreatif Dan Misteri John Abdullah

By : Sunday, June 16, 2013 Ada : 6 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..setakat bulan Jun ni,sudah 3 kem yang aku sertai..nampak sangat tamak kan..kem kali ini merupakan kem yang sangat memberi manfaat kepada kami..Kem Penulisan Kreatif..penulisan kreatif macam puisi,cerpen and etc..kem ni bertujuan untuk membangkitkan rasa ingin menulis dan mengarang puisi atau cerpen..dan Alhamdulillah,perasaanku makin berkobar-kobar untuk membuat puisi dan cerpen lagi..Kem ini diadakan pada 14 Jun hingga 16 Jun bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang,Sepang..

Hari Pertama..

Kami bertolak ke sana pada jam 3 petang macam tu la..sesampainya di sana,kami terus check in ke hotel..bilik hotel dia gempak sangat..kem ni ada budak lelaki..nasib baik ada,boleh jugak dijadikan pencuci mata..hahaha..LOL..pssstt:budak Alam Shah pun ada..hensem pulak tu..haha..LOL

Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan..dan aku masuk kumpulan Baha Zain bersama abang form 6 yang hablah hablah,tinggi gila..(ada orang cemburu la pabila diri ini berada dalam satu kumpulan dengan abang tu)..selepas dibahagikan kepada kumpulan,kami diarahkan untuk keluar dari dewan untuk menjalani aktiviti riadah..

seronok sangat..kumpulan aku menang dalam tiup tepung dalam pinggan dan baling belon berisi air..yeah,baha zain memang gempak..malam tu ada ceramah mengenai puisi..i admit it,puisi merupakan sebuah karya yang sangat indah sebenarnya..nak tahu tak,sebenarnya,puisi itu suatu rahsia..rahsia dimana hanya penulis nya sahaja yang tahu maksud disebalik puisi mereka itu..perhatikan puisi dibawah ini..bait puisi dibawah ni boleh membawa pelbagai maksud tau..

Ku ukir tinta cinta mu
Dengan belati senyummu
 dan malam tu,kami dikehendaki membuat puisi berdasarkan benda yang kita rasa paling menarik..aku pilih bunga Ixora ..dan dengan bangganya aku mengatakan yang,inilah puisi pertama aku hasil nukilan aku sendiri..bacala..tidakla segempak orang lain punya..

Dikala malam menjelma
  Warnamu merah menyala
Kecil dan comel tubuhmu Ixora
   Tidak ku sangka rupamu seindah namamu
 
Hari Kedua

Hari kedua ni paling best..tapi terlalu panjang untuk diceritakan..jadi,aku ambil the best part..'Misteri John bin Abdullah'..Siapakah gerangan tersebut? Begini ceritanya,sebelum kami dibenarkan pulang ke bilik hotel masing-masing,Harith tanya kitorang nombor bilik kitorang,kitorang pun bagitahu jela,sebab lagipun kami semua menginap sebelah menyebelah je antara lelaki dengan perempuan..lepas tu dia kata dia nak main ketuk-ketuk pintu..diorang memang,saje mengetuk bilik orang lepastu lari..

Nak dijadikan cerita,masa kami dah ada dalam bilik,tiba-tiba kami dapat panggilan daripada seseorang..aku dah takut dah..lepastu aku angkat..dan beginilah perbualannya..

TELEFON HOTEL BERDERING

JOHN:cik,tadi cik order chicken chop,so macamana ni..chicken chop pun dah siap
AKU:apebenda ko ni,masa bila plak kitorang order chicken chop
JOHN:mana boleh macam tu cik,walau macam mana pun,cik kena bayar jugak chicken chop ni..40 ringgit
AKU:bayar apa nya,duit aku ada dua ringgit je..bawak jela chic chop tu,boleh kitorang makan..eh jap jap,ko ni siapa sebenarnya?
JOHN:receptionist la..(gelak)

LETAK GAGANG

TELEFON HOTEL BERDERING LAGI
AKU:tadi kata nak hantar chicken chop,mana nya?
JOHN:oh maafla,chicken chop terbakar..nak kami gantikan dengan Camel Chop ke?
AKU:ape kebenda la dia ni..
JOHN:(gelak)
 

jadi,faham? kami syak,semua ni kerja si Harith tu......geram jugak tau,sebab dalam berpuluh kali diorang call kitorang..last-last,sebab kami dah geram sangat,kitorang cabut wayar phone tu,padan muka..si John ni pun call orang lain jugak..dia call bilik Farah..Farah kata John cari Wahida,kawan aku..memang sahla yang John bi Abdullah tu Harith sebab dari hari pertama lagi aku tengok si Harith macam suka je dekat Wahida..

Hari Ketiga..

Kami bertolak pulang..uwaa..sedihnya...
cuba cari mana John,dia pakai baju belang..hohok


tekun membuat cerpen
 aku menanam tekad untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang penulisan..aku nak memperjuangkan bahasa Melayu melalui keindahan puisi dan cerpen..InsyaAllah..

Kem PPIM di Perlis

By : Friday, June 07, 2013 Ada : 5 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum..Alhamdulillah,aku selamat sampai ke rumah pukul 7 tadi..PENAT..kem ni memang memenatkan sungguh..5 hari pulak tu..sepanjang kem ini berlangsung,kontinjen Sabah,Putrajaya dan N.Sembilan menginap di asrama SMK Syed Alwi..

Hari Pertama

Kami bertolak ke Perlis pada pukul 9pagi,dan sampai pada pukul 7 petang..masa malam,kami bersama kontinjen lain makan dan berkumpul di dewan apa tah..memang kembung habis la perut masa tu akibat kekenyangan..lepas makan ABC,aku dan Firzanah diajak oleh seorang guru dari Perlis untuk teman dia ke tandas dekat hujung tempat tu(sebab tandas lain dah penuh)..tandas tu dari jauh nampak menyeramkan..Diana pun nak ikut sekali..

Bila dah sampai ke tandas tu,Firzanah berani gila mengalahkan iron man main redah je tandas tu,sebab nak cari suis lampu..tandas tu ada 2 pintu..aku kemain lagi peluk si Diana tu sebab takut gila..pastu,Zanah masuk pintu sebelah lagi..tak de jugak lampu..TIBA-TIBA,Zanah suruh kitorang keluar cepat dari tempat tu..then,dia bagitahu kat kami yang dia ternampak something bawah sinki tandas tu..masa tu gelap gila..aku dah cuak cuak cuak dah masa tu..dia kata yang benda tu besar juga,macam lembaga yang tengah tengok dia..tapi tak de mata..




comel Zanah



Hari Kedua

Pagi tu ada pertandingan tatacara perjumpaan..6 pasukan berentap,Selangor,Johor,Putrajaya,Perak,
Pulau Pinang dan Melaka..Kitorang berdebar gila,sebab penampilan diorang smart sangat! diorang semua pakai kasut kulit hitam,kami pakai kasut sekolah je..huhu..

Bila berlangsung kawad tu,satu benda je nak cakap,HANCUR..komanden kitorang terlupa nak bahagikan kami dalam 3 kumpulan..dan banyak lagi kesalahan yang komanden buat..memang aku sumpah sumpah dia masa tengah berdiri dalam setengah jam tu..kesian dia,sebab dia pun berdebar..


Hari Ketiga

Pagi tu berlangsungnya pertandingan senamrobik..kami agak meletakkan harapan yang tinggi pada senamrobik sebab yela,kawad dah hancur,senamrobik jela satu satunya harapan yang ada setelah debat pun kalah..><..untuk kedua kalinya,giliran kami yang keenam..

Petang tu kami ke Gua Kelam..yeay! akhirnya tercapai jugak hasrat nak jejak kaki ke gua ni..cantik gua ni..

Zanah memang pantang nampak orang nak ambik gambar,dia mesti nak selit jugak..lol..aku sayang kau Nurul Firzanah ooii..lol gila,ada muka juri kawad kaki yang sebijik dengan muka dia..

Malam tu ada persembahan ..setiap pasukan kena buat persembahan..kami nyanyi lagu sahabat dan teman sejati..

Hari keempat

Ada majlis penutupan yang sangat membosankan..Isteri Menteri Besar Perlis datang..Perak menang senamrobik dan tatacara perjumpaan..cemburunya! tapi diorang memang hebat..

Petang tu kami ke Padang Besar..tak de la best sangat..aku belanja sakan kat situ..malam tu ke masjid terapung Al-Hussein kalau tak silap,bila di lihat betul-betul,tak dela terapung sangat,masjid di pesisiran tasik adalah..air dia surut,sebab tu tak nampak terapung..

Hari kelima

Bertolak balik ke Putrajaya..

Rindunya dekat Firzanah dan adik-adik sekolah rendah..sayang diorang..rindukan lawak Zanah dan muka selenga Asma,lol



Dear Perlis,Here I Come !

By : Sunday, June 02, 2013 Ada : 2 Comments Labels : , ,


kalau la itu aku,dah lama dah tergolek tergolek mati
Assalamualaikum..
Arghh,berserabutnya otakku,dengan pelbagai benda yang perlu dibereskan..esok,aku akan bertolak ke Perlis,mak kata aku pernah pergi Perlis,tapi aku rasa,tidak pernah lagi kaki ku ini dijejakkan ke Perlis Indera Kayangan..tak sabar owhh..ini lah pertama kali aku mewakili negeri ke peringkat kebangsaan,eh,Putrajaya bukan negeri..YEAYHH,kami semua membawa semangat Putrajaya,jaga la korang..*hey dude,diorang ada mak ayah sendiri,takyah nak rajin jaga diorang..tapi kan,tapi kan,i would say that,kem ini lah kem yang paling aku benci sekali..sebab,dari awal sampai akhir,kitorang kena pakai mengikut syarat diorang..yang aku paling menyampah,kitorang kena beli kasut putih..Kat Putrajaya tak main la kasut putih ni(kecuali budak sekolah rendah),membazir je la,nak tak nak,kena beli jugak,macam sakai je Mydin tuh,kasut putih dia kotor..ok la,bye..



Choral Speaking..

By : Friday, May 10, 2013 Ada : 5 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,selesai sudah tugas kami untuk mempersembahkan dihadapan VIP tadi iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia..
mula-mula tu,rasa agak gementar jugak la,tapi lepas beberapa minit,gementar itu hilang!
majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang UPSR,PMR,SPM dan STAM..
esok,aku pulak kena hadiri majlis cemerlang ni..aduii,macam macam benda kena buat..
ada beberapa staf dekat jabatan tu kata persembahan kitorang bagus..
tapi..masa kitorang perform,penonton senyap je,krik krik gila la..
scene dalam choral speaking yang aku expect diorang akan gelak pun diorang tak gelak(scene beranak)..
comel tak kami? *gurau je,jangan marah
ha,aku dekat tengah tengah tu..first time kot pakai baju pengawas sekolah ni..
punya la susah tau nak mendapatkan satu set lengkap baju pengawas tu..blazer,akak Tasha punya,baju kemeja,SPBT punya,tie dengan kain,Ain punya..
belah kanan tu Wahida,si comel..yang kiri Izyan,si comel jugok..

Latihan Choral Speaking

By : Tuesday, April 30, 2013 Ada : 10 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
Post kedua untuk hari ini..
Tadi,dekat sekolah,ada latihan choral speaking..
kitorang berlatih menggunakan skrip tahun lepas,iaitu 'Gadget'..
aku ingat jugak la skrip tu,tapi ada certain part yang tersasul-sasul yang menyebabkan  lidah aku terjelir-jelir (akibat tersasul)..
latihan ni bertujuan untuk persediaan persembahan di hadapan Perdana Menteri yang bertempat di Parcel E pada Jumaat depan..(aku pun tak tahu kesahihan maklumat ni,tapi itu la yang cikgu maklumkan kepada kami)..
yeay!! dapat jumpa PM lagi..first time jumpa masa 2011,aku dan rakan-rakan sekelas buat persembahan di hadapan PM dan menteri mana tah aku tak ingat masa hari Flora di Putrajaya..
memang majal la masa tu..kitorang macam tah pape je nyanyi lagu Wilayah Persekutuan yang baru ditengah-tengah taman bunga yang dihias indah..macam ape tah..pastu,kawan-kawan aku ada terdengar yang PM cakap,"they make the song sounds better"..(sebab masa tu PM betul-betul berada dihadapan tempat kami menyanyi iaitu dihadapan rimbunan pokok bunga yang indah..aku ingat lagi ayat dia ni..i was like..seriously?

Besok ada tuisyen Addmath,seriously,actually,aku tak tahu apa masalah kawan-kawan sekelas aku ni,sebab diorang yang nak cikgu buat tuisyen pada esok hari..ish,diorang ni,esokkan cuti,it's cuti..just let it be!!..asyik duk sebut tak paham quadratic function la itu la ini la..it's ok kalau nak buat tuisyen but consider la sikit ,besok cuti plak,hancur harapanku untuk tidur sampai pukul 12 tengah hari esok..arghhhhhh.. >_<

Happy Birthday To Izyan Najwa !

By : Wednesday, April 24, 2013 Ada : 2 Comments Labels : , ,

Assalamualaikum..
post kedua untuk hari ni ditujukan khas kepada Izyan Najwa..
Esok birthday budak comel ni..
dia memang comel,tapi comel lagi aku..haha..lol..Izyan Najwa jangan marah..
first of all,nak ucap semoga maju jaya dalam kehidupan..
semoga panjang umur dan murah rezeki..lupakan kisah lama..ukir kisah baru..
aku bukanlah kawan yang sempurna untuk kau..*Izyan tengah angguk*..lol..
semoga berjaya dalam peperiksaan yang akan datang..kau pandai,kalau usaha lagi,memang boleh jadi lagi tip top lah..
ok la,tu je kot apa yang aku nak cakap..sebabnya,homework si Ashikin tu aku tak siap lagi,kalau tak esok mampus riwayat hidup aku ditamatkan..ko tahu-tahu je la kan..
Maaf..sebab aku tak ada hadiah untuk diberikan kepada kau..sebab,aku sebenarnya memang tak ada duit pun..kalau hari jadi Jannah ngan Wahida pun aku tak bagi hadiah..so faham-faham lah ek..sorry again.. :)

Alhamdulillah,Adik Dah Sembuh..

By : Wednesday, April 24, 2013 Ada : 0 Comments Labels : , ,


Assalamualaikum..
Honestly,I really miss this blog damn much..i don't really know why..but i keep on thinking about this blog in class or so on..It's like,damn it,i really want to see my blog live in laptop..actually,i have to  study for the mid year exam..still got lots of topics to be revised..back to the main point..adik aku dah sembuh dari demam dia ..dia start demam masa hari Jumaat petang(right after dia habiskan duit Pou aku and today,damn it,dia habiskan lagi duit aku daripada 5000 jadi 400..nak je cepuk dia,tapi..demamkan,sabo je la..)..demam dia agak teruk sebenarnya..perut dia jadi keras,makan tak lalu..muntah-muntah..berak cair..sangat happy bila tengok dia bergurau senda dengan mak tadi..

Aku ni,apa nak jadi la..asyik-asyik ngan blog ni..tak boleh jadi ni..malam ni kena habiskan jugak ulangkaji biologi..stress wei hidup..
Hari Sabtu ni ada Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke 5..Dan Alhamdulillah,untuk kali ketiganya,aku naik lagi pentas tu..

Bloody Monday

By : Sunday, April 21, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
actually,cerita ni dah lama..
saja je nak cakap..
cerita ni sangat la best jalan cerita dia..
mengisahkan tentang seorang penggodam yang diarahkan oleh polis untuk menggodam maklumat-maklumat yang mampu melenyapkan bandar Tokyo..bandar Tokyo kemungkinan lenyap oleh sebab pengganas yang mengancam untuk menyebarkan virus Bloody X di Tokyo..
bijak cerita ni..
nak tengok?
kat SINI
percayalah,anda sendiri akan terkedu apabila menonton drama ni..

kalau tak tengok lagi,tengok la..cerita ni sangat la gempak..

Novel Melayu Yang Gempak

By : Tuesday, April 16, 2013 Ada : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum..
novel Kan Kukejar Cinta Kamu is one of my favourite novel ever..
cerita dia tentang 2 pasangan yang nikah secara rahsia oleh sebab masalah pertelingkahan keluarga..
last-last,suami dia ni lupa ingatan..


Novel ni sangat sangat sangat best..
lenguh tangan nak menghabiskannya sebab novel ni ada 858 muka surat..
dan lama jugak nak menghabiskannya..cerita ni tentang,tentang...tak ingat ..
baca la sendiri
 click picture 
amek ko..
haha..

 novel ni memang best..
tapi,bagi aku,heroin novel terlalu sensitif la,menyampah pulak..
 
Widad gadis yang tabah. Yang penyabar. Yang kuat pegangan. Membawa diri ke luar negara setelah memutuskan pertunangannya dengan anak majikan ayahnya, Raof. Sedar dirinya tidak setaraf untuk bergandingan dengan Raof, anak orang kaya. Merawat lara diri tetapi akhirnya Widad kembali ke tanahair.

Malang menimpa Raof bila dia dituduh mengasari kekasihnya, lily dan didakwa di mahkamah. Atas saranan keluarga, Raof berkahwin dengan Widad untuk membuktikan yang dirinya lelaki yang bertanggungjawab bukan bengis dan kasar terhadap wanita.
Sebelum perkahwinan, Widad ada membuat satu perjanjian dengan Raof yang menyatakan perkahwinan mereka akan terlerai selepas kes mahkamah Raof selesai. Raof yang tidak memahami tindakan Widad itu hanya mempersetujuinya sahaja.
Sepanjang perkahwinan mereka, Widad selalu di perli, di sakiti hatinya, dan seperti tidak dihargai. Tetapi Widad tabahkan hati. Menerima takdir dirinya walaupun terasa diri begitu hina dimata suaminya.
Sebenarnya, Raof mencintai Widad tetapi kerana sudah terbiasa bersikap kasar dengan Widad sejak kecil membuat dia berterusan bersikap begitu. Merasakan dirinya lebih baik dan lebih kaya dari Widad.
Setelah kes mahkamah selesai dan Raof memenanginya. Widad pergi meninggalkan Raof. Sangkanya berakhir sudah ikatan perkahwinannya seperti yang tertulis di dalam perjanjian mereka.
Raof bagai hilang nyawa bila menyedari Widad meninggalkan dirinya. Dicari Widad. Ingin menjelaskan kedudukan sebenar tetapi Widad enggan berjumpanya.
Dengan pertolongan dari ayah Widad, akhirnya Raof menemui Widad. Memohon maaf atas kekasarannya selama ini. Mengakui akan cintanya pada Widad membuat Widad tersentak. Dan sesungguhnya jodoh mereka masih kuat, akhirnya Widad mengalah dan memaafkan Raof. Raof berjanji akan menjadi pecinta yang setia hanya untuk isterinya, Widad.
Penulis   : Norhayati Ibrahim

ramai pembaca yang geram dengan hero novel ni..sebaliknya,aku pulak geram dengan heroin novel ni,bak kata ore klate,manja kededek..(manja sangat)..lol

SINOPSIS
Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.

Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.

Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.

Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.

Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki?
last but not least,Ombak Rindu..
novel Melayu yang paling best abad ini..*ambuuuiii*
Novel-novel diatas aku pulun membacanya right after PMR..semuanya novel dewasa,hehe..
 Najihah tak kesah,lulzy